Balik dari kerja, saya terus menyinggah di Mydn Subang Jaya. Banyak barang rumah dah
habis. Sabun basuh kain, sabun cuci pinggan, beras, gula, kicap, susu , lauk, sayur, pendek
kata banyak yang habislah. Sambil bawa kereta kepala tengah berpusing ligat, mengingatkan
apa barang rumah yang dah habis. Daripada
barang dapur hinggalah ke dalam bilik mandi kepala otak tengah berpusing ligat
untuk mengingati senarai barang. Sampai
sahaja di tempat parking Mydn. Saya mengeluarkan kertas dan menulis senarai
barang dapur yang hendak dibeli. Kira-kira ada kat 30 senarai list barang nak
kena beli. Banyaknya. Larat ke aku nak shopping sorang-sorang ni. Bisik hati
kecil sendiri. Hari ni badan terasa
letih sangat-sangat. Apa tidaknya selepas solat subuh terus datang ke ofic
untuk menyiapkan kerja. Saya pula jenis tak suka bertangguh kerja. Kerja hari
ni kena siapkan hari ni. Takpalah tak dapat rehatpun, janji kerja siap.
Bila tengok list barang yang telah disenaraikan di tangan,
hati mula bercakap sendiri. Kalau hari ni tak beli, bila lagi aku nak beli
barang. Barang nak masak semuanya dah habis. Kejap lagi suami minta buatkan air, susu dan
nescafee dah habis, anak minta roti, rotinya habis. Nak masak nasi beras habis,
nak basuh kain, sabun tak ada, nak berus gigi ubat gigi tak ada. Ishk tak boleh jadi ni. Baik beli
barang-barang ni sekarang. Lagipun saya dah sampai kat sini dah pun, tak kanlah
nak patah balikkan.
Jam menunjukkan pukul 4.40 petang, tak pa kejap je ni. Saya
pujuk hati sendiri sambil kaki melangkah lemah memasuki Mydn. Sampai sahaja di
tingkat atas, saya menolak troli dengan berbekalkan kertas yang ada di tangan.
Saya memulakan operasi mencari barang
yang telah disenaraikan satu persatu. Saya
dah boleh agak dah kat mana letaknya barang yang saya nak beli, bukan baru first time datang sini. Saya memandang sekeliling, mmm ramai juga
wanita macam saya tengah shopping. Terhendap-hendap mencari barang. Tetiba saya
tersenyum sendiri.. kesian betulah jadi perempuan ni kan, kat ofispun dan kena
kerja, balik rumahpun nak kena kerja. Nasiblah
labu.. hehehe.
Selepas melihat barang dalam troli, saya terus ke kaunter
dan membuat bayaran. Total beli barang RM357.35. Mak ai, banyaknya aku
shopping, apa yang aku beli ni. Berapa tahun aku tak beli barang ni. Bisik hati
kecil sendiri sambil memerhatikan resit pembelian barang ditangan. Mata saya
mula melilau mencari sesuatu, sambil tangan menolak troli menuju ke kereta. Selepas
selesai memasukkan barang ke dalam kereta. Saya menghidupkan enjin kereta dan
duduk berehat sebentar di sebelah penumpang. Jam dalam kerta menunjukkan pukul
6.45 petang. Ishk nak magrib ni. Saya mengambil telefon dan menelefon suami.
“Hello, assalamualaikum, abang kat mana ni? Cepatlah sikit,
dah nak magrib ni” Saya mula merengek.
“Waalaikumsalam, Zie kat mana ni?” Suami saya bertanya
“Kat dalam keretalah.” Saya menjawab geram. Boleh pula dia
tanya saya kat mana.
“Yalah kat mana” Suami saya mengulangi lagi,tak puas hati dengan jawapan saya.
“Ler abang ni, zie kat parking keretalah, abang kat mana ni,
penat tau angkat barang sorang-sorang. Boleh abang biarkan zie angkat barang
sorang-sorang” Saya dah mula merenget.
“Zie, abang kat rumah ni, Zie kat mana ni?” Suami saya
bercakap lagi.
“Hah! Apa Kat rumah. Astagfirullahal
azim!!!” Alamak aku datang shopping sorang-sorang ke tadi. Tiba-tiba tersedar dari
mengelamun. Terus keluar pintu kereta
dan masuk sebelah driver.
“Zie! Zie,” terdengar suara suami saya memanggil di telefon.
“Ok, abang kita jumpa jap lagi ya, zie dah nak balik ni.”
Tanpa cakap banyak. Saya mematikan
telefon bimbit dan menghidupkan enjin kereta. Kali ni saya tergelak sorang-sorang... Zie,
zie.. Apalah zie ni, boleh terlupa shopping sorang-sorang. Bila badan letih
barulah teringatkan suami. Habislah balik rumah nanti, kena perli.
Sampai di rumah:
“Assalamualaikum” Saya memberi salam seperti biasa.
“Waalaikumsalam, mmm dari mana,?
“Abang, abang tolong angkat barang dalam kereta tu, zie
penat sangat ni,” sambil melabuhkan diri ke sofa di ruang tamu. Saya tidak menjawab soalan, tapi terus meminta
tolong.
“Abang, zie nak terlelap 10 minit ya, nanti kejut tau.” Sambil
melabuhkan badan di sofa, memang dah tak sempat nak masuk bilik dah. Badan dah
penat sangat-sangat.
“Perempuan! Perempuan! kalau dah shopping memang tak ingat
dunia, bila dah penat baru teringat ada suami rupanya aku ni.” Suami saya
membebel sambil mengangkat barang keluar
dari kereta. Disebabkan kepenatan yang
teramat sangat, saya tak sempat membalas,yang pasti saya terlelap dalam
senyuman.
No comments:
Post a Comment