Kalau nak orang senyum kat kita, kita kena senyum kat orang dulu. Kalau nak orang berlembut dengan kita kita kena berlembut dengan orang dulu. Kalau nak orang sayang kita, kita kena sayang kat orang dulu. Kalau nak orang menghargai kita, kita kena menghargai orang dulu.. Walau dalam apa jua keadaan percayalah memberi lebih indah dari menerima. Memberi senyuman, berlemah lembuh, kasih sayang dan juga penghargaan juga merupakan sedekah dan sedekah yang ikhlas ada ganjarannya.
Kita akan merasa cukup bukan kerana kita memiliki apa yang kita mahu, tapi kita mensyukuri apa yang kita ada.
Saya sering mendengar orang di sekeliling saya berkata saya
tidak mampu, Awak bolehlah. Hakikatnya
bukan kurang kemampuan yang melemahkan hidup dan semangat seseorang, tetapi
tidak cukup kesungguhan untuk menggunakan kemampuan yang dia ada, yang akan
melemahkan semangat seseorang untuk terus melangkah ke hadapan.
No comments:
Post a Comment