Suami dan isteri adalah dua hamba Allah yang berbeza emosinya.
Emosi suami memerlukan kepercayaan, penerimaan, merasa dihargai, merasa
dikagumi, merasa tindakannya adalah betul dan sentiasa ingin mendapat galakan
dari isteri yang dicintai. Manakala emosi isteri pula adalah memerlukan
perhatian, pemahaman, merasa dihormati, memberlukan belaian, dianggap setiap
perlakuannya adalah betul dan sentiasa diberi keyakinan oleh suami yang
disayangi. Perbezaan ini sekiranya tidak betul-betul difahami oleh pasangan masing-masing
maka akan berlaku masalah di dalam rumahtangga. Kebiasaanya masalah ini timbul
disebabkan oleh perasaan ego masing-masing yang tidak mahu memahami antara satu
sama lain.
Di dalam penulisan ini, saya cuba meneliti apakah antara perbezaan
sikap di antara suami dan isteri dan bagaimanakah tips untuk mendapat perhatian
dan persefahaman antara pasangan suami isteri.
Perbezaan
di antara sikap isteri dengan sikap suami
Sikap isteri
|
Sikap suami
|
Isteri
akan membantu suami tanpa diminta
|
Suami
tidak akan membantu isteri kalau isteri tidak meminta.
|
Isteri
merasa kenapa perlu menghargai suami, sedangkan itu adalah tanggungjawabnya
sebagai seorang suami
|
Suami
tidak akan membantu isteri kalau dia merasa bantuannya tidak dihargai
|
Isteri
merasa perlu mendesak suami untuk membantunya, kalau tidak suaminya pasti
tidak akan membantunya dan paling teruk isteri akan menganggap suaminya
malas.
|
Suami akan
merasa berjasa kepada isteri, sekiranya dia melakukannya secara ikhlas dan
tanpa desakan
|
Isteri
merasakan cara untuk suaminya menunjukkan kasih sayang kepada isteri adalah
dengan menawarkan apa jua bantuan yang diperlukan oleh isteri
|
Suami
tidak akan membantu isteri sekiranya isteri tidak meminta untuk dibantu.
|
Isteri
merasakan sekiranya dia sentiasa meminta dari suami, suaminya akan merasa
bosan dan tidak akan melayan permintaan isteri
|
Suami
sebenarnya lebih suka memberi apabila diminta. Dia akan merasa lebih dihargai
apabila isteri meminta pertolongan daripadanya.
|
Isteri
merasakan penting untuk mengatakan sebab kepada suaminya, kenapa suami perlu
membantunya melakukan kerja.
|
Suami
merasakan huraian yang panjang lebar itu menunjukkan isterinya sedang
berleter, mengungkit dan cuba memanipulasi dirinya. Oleh sebab itu permintaan
daripada isteri akan ditolak atau dilakukan kerana terpaksa.
|
Isteri
merasakan tidak perlu berterima kasih kepada suami apabila dia membantu
isteri sebab itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
|
Suami akan
merasa tidak dihargai sekiranya isteri tidak mengucapkan terima kasih di atas
bantuan yang dihulurkan
|
Isteri
merasakan bila dia meminta kepada suami, samada suaminya suka atau tidak, suaminya
wajib menunaikan permintaan itu. Sekiranya suami tidak berbuat demikian,
isteri akan merasa sakit hati dan marah
|
Suami merasakan,
dia perlu diberi ruang samada untuk menerima atau menolak permintaan isteri.
Semakin isteri memberi ruang kepada suami, semakin dirinya merasakan lebih
disayangi
|
Isteri
sentiasa memendam rasa dan merasa kecewa dengan suami, kerana permintaannya
sentiasa ditolak oleh suami. Oleh sebab itu isteri tidak akan meminta apa-apa
dari suami dan sanggup memendamnya sendiri.
|
Suami
merasakan isteri perlu belajar menerima perkataan “tidak boleh”, “saya malas” atau “saya letih daripada
suami. Semakin isteri ikhlas dan
tersenyum menerima penolakan dari suami,
semakin sayang suami kepada isterinya.
|
Isteri
merasakan perlu meminta apa sahaja dari suami tanpa menyediakan peluang dan
ruang untuk suami
|
Suami akan
terkejut dengan permintaan isteri ketika dia sedang fokus melakukan sesuatu.
Oleh itu peluang untuk dia berkata tidak sangat tinggi.
|
Daripada situasi di atas, Di bawah ini adalah tips untuk mendapat
pertolongan daripada suami.
1. Isteri perlu belajar meminta daripada suami dengan menggunakan
ayat yang ringkas dan padat serta difahami oleh suami.
Contoh ayat:
“ Abang… (gaya manja) boleh tolong saya pergi beli seekor ayam dan
seikat sawi.”
Ayat yang salah:
“Abang boleh
tak, pergi beli lauk dan sayur sekarang, saya nak masa ni, barang dah habis dah
kat peti ais. Anak-anak nak makan apa?”
Ayat di atas sangat merbahaya, peluang untuk lelaki menolak sangat
tinggi. Kenapa?
Sebabnya adalah seperti berikut:
a) Apabila isteri menyuruh suami membeli lauk dan sayur, perkataan
itu tidak spesifik. Bagi suami, dia akan panik sekejap, sebab dia tak tahu lauk
tu nak lauk apa, samada udang ke, ikan ke, ayam ke? Dan sayur tu dalam kategori
apa? Kubis ke, kangkung ke sawi ke? Bila dia panik dia tidak akan memenuhi
permintaan isteri.
b) Isteri menggunakan ayat arahan. Isteri mengarah suami untuk
buat sesuatu. Suami akan merasa dia dimanupulasi dan peluang untuk dia menolak
sangat tinggi.
c) Isteri menghuraikan sebab kenapa suami perlu pergi ke kedai.
Ayat di atas akan membuatkan suami merasa dirinya tidak bertanggungjawab kerana
membiarkan peti ais kosong dan membiarkan anak-anak kelaparan.
Oleh sebab itu menggunakan ayat yang ringkas, tepat dan padat
sangat penting untuk menang di dalam satu-satu komunikasi.
2. Isteri perlu belajar menerima “perkataan tidak boleh” atau
“malas” atau “saya penat” dari suami dengan senyuman yang ikhlas.
Seorang suami akan berbuat demikian sekiranya isteri mengejutkan dia
dari zon selesa. Oleh sebab itu peluang
untuk suami menolak permintaan isteri sangat tinggi. Sekiranya suami menolak
permintaan isteri. Maka di saat ini isteri kena menerima dengan memberikan
senyuman ikhlas dan menjawab satu perkatan sahaja.” Ok”.
3. Isteri perlu tahu apabila suami menerima pertolongan yang diminta oleh isteri, suami akan membalasnya dengan leteran.
Kebiasaan suami akan setuju untuk membantu isteri dengan leteran.
Di masa ini, isteri tidak perlu menjawab. Apa yang perlu dilakukan di saat ini
adalah isteri perlu tersenyum dan memandang sahaja karenah si suami. Dan dalam
hati jerit “Yes!!!!”. Sebab suami tengah memberi respon kepada permintaan
isteri. Cuma cara suami menjawab
permintaan isteri adalah dengan leteran. Leteran di saat ini adalah leteran kasih
sayang. Oleh itu di saat-saat ini isteri perlu diam dan tersenyum tengok sahaja
apa sahaja reaksi suami seterusnya. Pasti suami akan menerima apa yang diminta
oleh isterinya.
4. Isteri perlu mengucapkan terima kasih kepada suami kerana telah
memenuhi permintaanya dan jangan sekali-kali komplen sekiranya apa yang dibuat
oleh suami tidak memenuhi kriteria yang diminta isteri.
Lelaki akan merasa seronok dan merasa dirinya dihargai sekiranya
isteri menghargai apa yang telah diberikan kepada isteri. Bila dia merasa
dirinya dihargai. Peluang untuk dia membantu isteri dilain kali akan menjadi
mudah dan senang.
Cubalah tips ini. Anda akan merasa keajaibannya.
No comments:
Post a Comment