Antara nasihat beliau ialah:
Ajarkan anak berniaga bermula dari kecil lagi.
Saya
mula berniaga sewaktu saya masih kecil lagi, waktu tu saya darjah satu, saya pula
tinggal dengan nenek, duit sentiasa tak cukup. Untuk dapatkan duit, saya jualah kacang dan jeruk kat
sekolah. Bila kena marah dekat cikgu, saya berhenti berniaga sekejap. Bila saya naik sekolah menengah, business ni dah jadi runtin
hidup saya, saya meniaga krongsang, tudung dan lain-lain.
Saya
pula jenis tak suka baca buku, Mak saya hantar saya ambil a-level kat Taylor
Kolej, saya tak habis belajar, Sejak tu juga saya fikir saya kena kerja kuat
sebab saya tak berpendidikan tinggi macam orang lain. Saya pernah bekerja dari pukul 9 hingga 6 petang, keadaan itu sangat menyiksa saya. Memang bila kita kerja risiko dia kurang berbanding berniaga
sebab setiap hujung bulan kita dapat gaji, socso dan juga KWSP, tapi kalau you ada pendidikan tinggi tak apalah
dapat gaji tinggi, tapi kalau macam saya yang cuma ada a-level sahaja itupun
tak habis, saya cuma dapat gaji dalam seribu lebih sahaja, manalah cukup nak
hidup kat KL ni.
Waktu
tulah saya mula mencari pendapatan sampingan, setiap hujung minggu saya akan
buat bengkel kecantikan dan
kesihatan di tempat2 kerja, agensi
swasta dan kerajaan, di samping buat bengkel saya jual produk kecantikan dan
kesihatan. Masa saya buat bengkel tu saya tidaklah mengenakan harga
yang mahal, saya
cuma kenakan yuran sebanyak RM 5- RM10 sahaja, Tapi masa saya buat
bengkelah, saya jual produk-produk
kecantikan. Setiap kali saya buat bengkel pendapatan saya lebih kurang dalam RM1,000 hingga RM3,000 sebulan. Selepas dah banyak kali saya menjual produk orang, saya mula rasa
daripada saya jual produk orang lebih baik saya jual produk saya sendiri, Maka
tercetuslah idea untuk buat produk saya sendiri.
Selain
itu, masa tu juga saya ada kedai jual produk kesihatan, 5 tahun lepas saya ada 2 kedai produk kesihatan tapi
sekarang saya dah ada 6 kedai produk kesihatan. Setiap daripada kedai kesihatan yang saya ada pendapatannya lebih kurang RM15 hingga RM30 ribu sebulan. Manakala untuk produk di Herbs pula, pusingan produk sebulan adalah lebih kurang dalam RM1 juta.
Pada saya, untuk berjaya di dalam bisnes, bukanlah mengambil masa sehari dua. Malah minat dalam bidang bisnes mestilah semenjak dari kecil lagi. Biar kita ajar anak kita bersusah payah sikit. Baru dia tahu susah nak cari duit, dan dia tahu macam mana nak cari duit. Bukan tahu menghabiskan duit semata-mata.
Datuk Aliff Syukri ketika ditemui di Pejabat D'Herbs |
Nantikan buku bertajuk: Resepi Kejayaan 20 Usahawan Muslim Di Malaysia yang bakal muncul di pasaran tidak lama lagi, Buku ini akan menceritakan temubual saya bersama 20 Jutawan Melayu di Malaysia yang akan berkongsi kejayaan mereka di dalam bidang perniagaan yang diceburi
No comments:
Post a Comment