Saturday, 28 November 2009

Erti Sebuah Pengorbanan (salam aidiladha 27 Nov 2009)



Pondok di mana acara korban lembu diadakan.
Adik iparku bersama puteri sulongnya.



Sementara tengah menunggu lembu dilapah. "Janganlah serius bang"

Bergambar di rumahku di kampung. rumah ini sudah berusia 25 tahun.
Ayah, adik bongsuku dan juga sepupu baruku yang baru turun dari surau selepas menunaikan solat hari raya korban.Surau ni kalau hari raya aidilfitri penuh sesak.Tapi raya korban tak ramai. Dapatku perhatikan wajah-wajah warga emas di sini sedang bermuram kerana anak-anak yang berada di perantauan tidak ada di sisi.
Jemaah wanita sedang bersalam-salaman

Mulanya aku terfikir juga untuk malas balik ke kampung. Sebab cuti cuma dua hari. Memenatkan badan sahaja. Hubby juga mengomel2 kerja banyak. nak siapkan itu dan itu tambahan lagi sekarang hujung bulan banyak benda nak kena settle tapi memikirkan ibu dan ayah yang mengharapkan kepulangan anaknya di pagi hari raya maka aku kuatkan semangatku untuk balik ke kampung. Mujur dalam kesibukan kami hubby juga memahami... yang kami masih lagi ada ayah dan ibu yang amat memerlukan anaknya.Walaupun pada pandangan sesetengah orang hari raya ini cuma hari raya korban, tak beriya-iya menyambutnya pun tak apa, namun istilah korban itu sendiri perlu difikirkan oleh segelintir anak-anak yang tinggal di perantauan. Berkorban bukan bermaksud mengorbankan binatang ternakan sahaja, tetapi pengorbanan dari segi masa, tenaga dan duit juga perlu.. ayah dan ibu sangat merindukan kepulangan anaknya.Tambahan di hari perayaan sebegini.
Dapat ku lihat keceriaan di wajah orang tuaku apabila melihat anak menantu dan cucunya balik. Pagi tu kami sekeluarga sampai di kampung pukul 8.00 pagi, bertolak dari kl 10.00pm. Tidur di Gua Musang 3 jam. sebab tak tahan mengantuk.
"Along tak balik mek" tanyaku pada ibuku..
"Tak", air muka ibuku berubah..."Mek malas nak cakap apa, masing-masing ada anak, hari ni dia buat kat kita, esok lusa dia akan dapat balik... kalau dulu sebelum kahwin macam2 janji. tiap kali raya akan balik, tak akan ada alasan, tapi sekarang macam-macam alasan, anak cuti sekolahpun susah nak balik," Mata ibuku berkaca. Jauh di hati ibuku sangat sedih dengan sikap anaknya.
Aku terdiam mendengar leteran ibu. Jauh di sudut hati aku kesal, kesal kerana bertanyakan soalan itu kepada ibu, kesal kerana sikap anak-anak yang tidak memahami tentang pengharapan seorang ibu.
Sedarilah duhai anak... bukan wang ringgit yang diperlukan ayah dan ibu, tetapi perhatian dan kasih sayang lagi berharga bagi ibu diusia emas.Bayangkanlah kalau suatu hari nanti anak kita melupakan kita di saat2 kita mengharapkan mereka.... anak yang ramai belum tentu akan dapat menjaga hati dan perasaan ayah dan ibu kalau hari ini kita tak mampu untuk menjaga hati dan perasaan ayah dan ibu kita.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Penyayang
Kurniakanlah kepadaku kasih sayang dan perhatian suamiku, kedua ibubapaku dan juga anak-anakku sebagaimana aku mengasihi dan menyanyangi mereka...

Saturday, 17 October 2009

Annual Dinner (Sahabat Society)

Pengumuman:
kepada semua pelajar dan bekas pelajar, ahli sahabat society dan ex sahabat society yang ada kat Malaysia:-
Tolonglah joint annual dinner sahabat Society:
detail adalah seperti berikut:
Tarikh:24 october 2009
Masa: 8.00 malam-10.00 malamT
empat: Pusat Komuniti Cyber jayaBayaran:
RM50 (Makan Buffet 22 Menu, termasuk kambing panggang.
Untuk budak berumur 12 tahun separuh harga(6 tahun ke bawah free)
Kepada yang berminat untuk lawan futsal dan juga lwn berenang boleh datang awal selepas zohor.Perlawanan akan bermula pada pukul 2.00 petang.
Selain itu kita juga akan meraikan anak-anak yatim dari rumah anak-anak yatim limpahan kasih. (sesiapa yang nak menderma buku atau baju bolehlah derma pada hari tu)
Kepada yang tak ada transport, bas disediakan di Sunway University College pukul 10.00 pagi.(Sebab yang ikut bas ada lawatan ke Putra Jaya)
Tolonglah datang untuk mengeratkan hubungan antara kita. kira ala-ala reunionla. datang tau

Tuesday, 13 October 2009

Malam minggu di Taman Tasik Shah Alam 10/10/09













Malam minggu lepas me and my Hubby bawa anak-anak p makan steak kat tepi tasik Shah Alam. Tak tahulah kedai ni nama apa... fisrt time makan kat kedai ni masa celebrate aniversary. masa tu makanan banyak jugalah... tapi kali ni cikitnya dapat. tak berbaloi betul. my hubby mengomel2 sampai rumah... apa nak buat


Cyber Park











Selepas kelas hari ni, kami ke Taman Tasik Cyberjaya untuk survey tempat bagi program Sahabat society Sabtu 24 october 2009. Tempatnya cantik. Sesuai untuk buat program rehat dan releks.




Wednesday, 30 September 2009

Happy birthday mama







Sambutan hari jadiku bersama anak-anak dan suami. walaupun simple tapi kemeriahan tetap ada. Cukup dengan suami dan anak-anak di sisi. itu lebih bermakna dari segalanya





















Bersamamu adalah kenangan terindah dalam hidupku

28 Sept 2009. Di dalam kesibukkan umat Islam menyambut kemeriahan syawal. aku dan my hubby sempat bercuti di The Lagend Water Chalets Port Dikson. Selama dua hari kami menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak di sisi. Maafkan mama dan abah sayang... kerana terpaksa meninggalkanmu buat seketika....

Saat bersamamu adalah kenangan terindah dalam hidupku. Semoga kasih sayang kita kekal abadi Selamanya.


Berada dipelukanmu benar-benar memberikanku ketenangan. biar dunia tahu yang kita adalah pasangan yang bahagia. moga kebahagian ini akan terus kekal selamanya. kekal hingga ke syurga


Suamiku sayang... pandanglah isterimu dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada kebahagiaan kita. Dari hati akan tercipta pandangan hakiki, bukan padangan nafsu yang melulu, bukan juga pandangan mata yang kering dan juga minda yang kosong dan gersang.Walaupun sudah dimamah usia namun kebahagiaan tetap dan akan menjadi milik kita selamanya...






Sunday, 30 August 2009

Ya Allah bantulah hambamu

Kiranya tiada lagi cinta insani untukku..... cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku... Moga kelak akan ada cinta untukku daripada insan yang mencintai Allah sebagaimana cintaku untuknya...
Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuhi setiap dugaan darimu.Janganlah kau campakkan kepadaku dugaan yang tidak mampu untuk aku menanggungya.Ampunilah segala dosaku dan maafkanlah aku.