Bermula hari ke 2 kami di Melbourne, hari ni kami plan untuk
ke Great Ocean. Pagi2 lagi kami menyediakan sarapan nasi goreng dan roti celup
telur sebagai bekalan. Selepas sarapan kami bergerak ke Great Ocean. Perjalanan
kami ke sana mengambil masa lima jam disebabkan kami singgah di pelbagai
perhentian. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik dan menenangkan. Di kanan jalan ada rumput hijau yang terbentang luas, manakala di kiri jalan lautan luas yang membiru.. sungguh tenang dan damai. Terkadang kami menutup suis air cond kereta dan membuka tingkap. Sahaja kami biarkan angin dingin menyapa wajah kami sekeluarga. Suhu sewaktu kami di sana adalah 9 Darjah Celsius. Saya terpaksa memakaikan baju sebanyak 3 lapis kepada baby Adib untuk mengelakkan sejuk. Alhamdulillah sepanjang perjalanan dia tidak merenget. Tidur sepanjang perjalanan. Mungkin baby Adib juga enjoy dengan cuaca sejuk.
Sudah menjadi rutin saya
bila ke Overseas, saya pasti akan menikmati buah2an yang fresh dan murah dan juga susu
segar yang sangat murah yang kami beli di supermarkert dalam perjalanan ke Great Ocean. Buah-buahan dan susu segar menjadi snakking kami semasa di dalam kereta. Kami tak
lama di National Park Port Champbell, sebab masa kami sampai di sana, matahari sudah mahu menghilangkan diri. Walau bagaimanapun kami sempat menunaikan solat kami di sini serta menikmati
Sunset. Subhanallah.. sungguh indah ciptaanMu.
|
Kekasih awal dan akhir kami |
|
Baby Adib yang sangat happy |
|
Abang Akif tak ada, Dia tak ikut sebab waktu kami pergi exam pertengahan tahun dah bermula |
No comments:
Post a Comment