Jalan-Jalan
ke Melbourne Australia
Kami baru tiba di Melbourne Airport |
1.
Urusan sebelum ke Melbourne
Alhamdulillah.. Allah beri kami peluang untuk
menikmati keindahan Alam di Melbourne Australia. Pada 7 Mei hingga 11 Mei 2018,
Saya sekeluarga yang terdiri daripada 5 orang ahli keluarga bersama dengan 3
orang lagi sahabat berkesempatan mengunjungi Melbourne City. Tarikh kami pergi
jatuh pada tarikh rakyat Malaysia mengundi iaitu pada 9 Mei 2018, tetapi nak
buat macam mana, kami dah beli tiket lebih awal dan tidak boleh tunda atau
dipinda lagi. So tak adalah kami nak mengundi tahun ni. Setiap orang ceritanya tidak sama. Kami ke
sana menggunakan mengikut bajet dan masa kami sendiri.
Saya telah membeli tiket untuk ke sana lebih awal
iaitu pada bulan 14 Nov 2017, harga tiket AA masa saya beli adalah RM769 per
pax. Masa ni tiket AA tengah promo. Saya terus booking tiket untuk semua ahli
keluarga terlebih dahulu seramai 5 orang termasuk baby adib yang belum lagi
cukup setahun pada masa tu. Untuk baby sahaja tiket yang dikenakan adalah
RM500. Impian saya untuk membawa seluruh ahli keluarga ke luar negara Alhamdulillah
menjadi kenyataan. Selain dari tiket untuk ke sana saya telah membeli travel
insurans untuk keluarga saya iaitu RM103 dan juga ETA (Australia VISA) RM100
untuk 5 orang.
Perkara pertama sudah dibuat, tiket sudah ditempah.
Perkara kedua yang saya perlu lakukan adalah mencari penginapan untuk keluarga
saya. Dalam bulan Feb 2018, saya mencari-cari tempat penginapan yang sesuai
untuk keluarga saya. Oleh kerana saya travel satu keluarga plus dengan kawan2,
so saya prefer untuk duduk di apartment. Senang untuk saya masak dan basuh
kain. Saya diperkenalkan oleh pelajar saya satu apartment di sana. Playhouse
apartment. Tuan punya apartment ni En Abas orang Malaysia tetapi sudah mendapat
Permanent Resident (PR) Australia. Harga apartment ni agak mahal jugak pada
orang yang nak bercuti secara bajet. Harga dia 200 AUD pernight. Apartment ni
mempunyai 3 bilik dan boleh muat seramai 9 orang (maksudnya 9 orang yang akan ada
katil dan tilam untuk tidur). So kalau siapa yang nak pergi bercuti ramai-ramai
dengan kawan, bolehlah ambil apartment ni. Satu lagi kelebihan apartment ni
adalah kita akan ada parking kereta sendiri. Dekat Australia parking keretapun
dah mahal. Sebelum saya sampai ke Melbourne saya sudah berpesan kepada En Abbas
supaya belikan barang2 keperluan dapur untuk keluarga saya seperti beras, ayam,
roti, mentega, minyak masak, garam, gula, kicap, telur, santan, sayur dan
beberapa barang lain. So bila saya tiba di apartment barang2 keperluan dapur
sudah terisi, tinggal nak masak dan makan sahaja. Untuk shooping barang2 dapur,
kami cuma habis sebanyak 113AUD sahaja untuk 5 hari punya bekalan. Kepada yang
berminat nak sewa apartment boleh menghubungi en Abbas di talian +61476103111.
Perkara ketiga yang saya lakukan adalah mencari
kenderaan yang sesuai semasa di Melbourne. Oleh kerana kami semua ada 8 orang,
so kami decide untuk sewa estima, untuk memudahkan aktiviti kami menikmati
keindahan alam di sana. Kami menggunakan perkhidmatan sewa kereta dari syarikat
Spendless Car Rentals –
26 Garden Drive, Tullamarine. Harga sewa kereta untuk 5 hari 4 malam adalah
sebanyak 363.50 AUD lebih kurang RM1090.50. Bila kami sampai di airport
Melbourne, sudah ada staff dari Spendless Car Rentals membawa kami ke tempat
sewa kereta. Dan kami terus mengambil kereta tersebut untuk pulang ke Apartment
yang kami sewa.
Dua minggu sebelum
kami sekeluarga terbang, saya telah membuat penambahan kepada itenarary air
asia iaitu dengan menambah bagasi sebanyak 50KG pergi dan balik iaitu sebanyak RM398 serta
penambahan untuk 2 meal pergi dan balik untuk 4 orang di dalam penerbangan
RM240.
So bajet yang saya
keluarkan untuk Flight, Rumah dan kereta adalah seperti berikut:
Flight:
4 dewasa 1 baby RM 3576
Penambahan
bagasi 50 KG RM 398
Penambahan
makanan Pra bayar RM 240
Travel
Insurans (5 orang) RM103
ETA
5 orang (Visa Australia) RM 100
Penginapan:
RM 2400
Kereta: RM 1090.50
Barang dapur: RM339
Total:
RM8246.5
Hari
pertama di Melbourne
Kami sampai di Melbourne dah malam, sebenarnya saya
dah rugi satu hari perjalanan, saya beli tiket bertolak dari Malaysia pukul 10am.
Sepatutnya saya kena beli tiket malam, so saya akan sampai di Melbourne siang. Rugila
satu hari perjalanan. Tak pa.. semuanya adalah pengajaran untuk saya, moral of
the story, kalau nak p overseas jangan beli tiket pagi ya.
Sampai sahaja di apartment, perut dah terasa lapar. So
apa lagi. Apa lagi, benda yang paling senang dan simple nak buat adalah masak
nasi, goreng telur mata kerbau makan dengan kicap, minum pulak teh o panas.
sedapnya lahai kalau time2 lapar makan macam tu ya. Pulak tu suhu kat Melbourne
masa saya pergi dah 6 darjah celsius. Mmg lapar plus sejuk. Lepas makan, katil
dah memanggil2 untuk tidur. So kami tidur dululah ya.
No comments:
Post a Comment