Showing posts with label Rintihan hati. Show all posts
Showing posts with label Rintihan hati. Show all posts

Sunday, 30 August 2009

Ya Allah bantulah hambamu

Kiranya tiada lagi cinta insani untukku..... cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku... Moga kelak akan ada cinta untukku daripada insan yang mencintai Allah sebagaimana cintaku untuknya...
Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuhi setiap dugaan darimu.Janganlah kau campakkan kepadaku dugaan yang tidak mampu untuk aku menanggungya.Ampunilah segala dosaku dan maafkanlah aku.

Monday, 20 April 2009

Kemaafan dendam yang terindah

Berkali-kali aku terfikir samada mahu membalas e-mail ataupun tidak. Aku sebenarnya diburu rasa dendam, marah, geram dan pelbagai perasaan mazmumah menghantui benak fikiranku. terkadang hasutan iblis yang bertemankan hawa nafsu sangat kuat mengheretku agar aku bersikap tegas dengan pendirian yang ampuh.
Perdebatan dengan rakan sepejabatku beberapa hari yang lepas benar-benar menyentuh perasaan. walaupun dia bukannnya seagama denganku malah pengikut kuat agama kristian namun cara dia menegurku benar-benar meruntuhkan keegoanku. Masih segar diingatanku "Yazil, biarpun orang selalu memijak-mijak kita, menguis kita ke tepi, menghentak kita dengan pelbagai keburukan dan kejahatan, satu kekuatan yang perlu ada pada kita adalah kesabaran, kerana kesabaran itulah yang akan menjadi perisai yang amat bermakna bagi seorang manusia"
Ya aku mesti pertahankan kesabaranku. walaupun hatiku hancur,jiwa dan perasaanku dibius rasa kebencian yang mendalam namun sekuat-kuatnya kulontarkan segala perasaan itu agar tidak lagi berbaki di hati. dan semalam dengan semangat yang ada aku membalas e-mailnya dan yang penting bagiku sekarang adalah kemaafan dendam yang teindah...semoga dosa dendam dan kebencianku gugur seperti gugurnya titik-titik jernih airmataku... terima kasih Mandy. Ketengangan kembali bermukim di hati.

Monday, 13 April 2009

sebening pagi

Hari ini tersedar dari tidur pukul 6 pagi. Alhamdulillah syukur ku panjatkan kepada Allah kerana memberiku peluang untuk terus menapak di bumimu.Kuselak langsir bilik tidurku, hujan di luar masih belum berhenti. Sebelah kananku hubby sedang enak dibuak mimpi. Entah pukul berapa malam tadi tidur agakanya. Aku terus bangun menguruskan diri untuk bersujud kepadaMu.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Ampunilah dosaku,
Dosa kedua ibubapaku,
Suamiku,
Anak-anakku,
Guru-guruku,
Anak didikku,
Sahabat-sahabatku
Dan juga kaum muslimin sekalian.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Pagi ini, hambamu sujud padamu
Restuilah perjalanan hidup kami
Berikanlah kami keberkatan
Di dalam setiap urusan yang kami lakukan
Berikanlah kami kekuatan
Di dalam menempuh setiap dugaan
Berikanlah kami semangat juang
Untuk terus melakukan yang terbaik.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Perihalah kedua puteraku,
Berikanlah aku kekuatan
Untuk menjaga amanahmu
Jadikan mereka insan yang berjaya
Dunia dan akhirat.
Perelokkanlah akhlak mereka
Sesungguhnya aku hambamu yang lemah
Hanya mampu berserah kepadamu Ya Allah

Amin…

Alhamdulillah ketenangan bermukim di sudut hati.Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Aku mesti membangunkan putera sulongku untuk ke sekolah. “Bangun akif, sekolah”Alhamdulillah dengan satu ayat sahaja akif bangun dari tidur dan terus ke bilik air untuk menguruskan diri. “Akif jangan lupa solat subuh ya Mama nak cepat, Mama ada kelas pagi.”aku mengingatkan putera sulongku. Selalunya memang putera sulongku yang pertama aku kejutkan sebab kalau kejutkan serentak dengan adiknya pasti kedua mereka akan berperang di dalam bilik air.Putera keduaku baru berusia empat tahun. Perangai dan ragamnya memang menguji kesabaranku sebagai seorang ibu….Sememangnya yang pasti dia mahu perhatian dariku.
Percayalah sayang… Mama teramat menyayangimu…
Bangun sayang...
Solat subuh dulu
Senyuman manis kuberikan
Sedekah paling bernilai untuk insan bergelar suami...
dan aku... seperti kebiasaannya... memandu kereta...ke tempat kerja

Thursday, 20 November 2008

Diary seorang aku

Hari ini tersedar dari tidur 5.30 pagi. Mata terkebil-kebil memandang syiling. Tengah terfikir tugasan apa yang perlu dibuat hari ini. Aku menjenguk ke luar tingkap. Hujang renyai-renyai dari malam tadi belum lagi berhenti. Nampaknya tak bolehlah nak joging hari ini.Bangkit dari tidur terus masuk ke bilik air dan buat apa yang patut. Selepas solat kupanjatkan doa kepada Allah."Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, suamiku, anak-anakku, guru-guruku, murid-muridku dan juga saudaraku muslimin dan muslimat sekalian,Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami dan berikanlah kami kekuatan untuk terus berjuang ke jalanmu. Berikanlah kejayaan hidup di dunia dan akhirat.Berkatilah kehidupan kami dan jauhilah kami dari siksaan api neraka. Amin"Selepas solat subuh aku terus bersiap untuk ke office. Aku mengambil keputusan untuk keluar awal.biasanya kalau hujan macam ni memang jalan jam. Sebelum keluar sempat ku renung hubby di sisi.Kesian dia, entah malam tadi pukul berapa baru balik. Bangun solat subuh ya sayang!. bisik hati kecilku sambil mengusap lembut rambutnya. jam di dinding bilikku sudah menunjukkan pukul 6.15 pagi. perlahan kututup pintu bilik dan menuju ke bilik kedua puteraku. ku ambil kain selimut untuk menutup badan mereka dari kesejukkan suhu air-cond. mama pergi kerja ya sayang!