Monday, 20 April 2009

Kemaafan dendam yang terindah

Berkali-kali aku terfikir samada mahu membalas e-mail ataupun tidak. Aku sebenarnya diburu rasa dendam, marah, geram dan pelbagai perasaan mazmumah menghantui benak fikiranku. terkadang hasutan iblis yang bertemankan hawa nafsu sangat kuat mengheretku agar aku bersikap tegas dengan pendirian yang ampuh.
Perdebatan dengan rakan sepejabatku beberapa hari yang lepas benar-benar menyentuh perasaan. walaupun dia bukannnya seagama denganku malah pengikut kuat agama kristian namun cara dia menegurku benar-benar meruntuhkan keegoanku. Masih segar diingatanku "Yazil, biarpun orang selalu memijak-mijak kita, menguis kita ke tepi, menghentak kita dengan pelbagai keburukan dan kejahatan, satu kekuatan yang perlu ada pada kita adalah kesabaran, kerana kesabaran itulah yang akan menjadi perisai yang amat bermakna bagi seorang manusia"
Ya aku mesti pertahankan kesabaranku. walaupun hatiku hancur,jiwa dan perasaanku dibius rasa kebencian yang mendalam namun sekuat-kuatnya kulontarkan segala perasaan itu agar tidak lagi berbaki di hati. dan semalam dengan semangat yang ada aku membalas e-mailnya dan yang penting bagiku sekarang adalah kemaafan dendam yang teindah...semoga dosa dendam dan kebencianku gugur seperti gugurnya titik-titik jernih airmataku... terima kasih Mandy. Ketengangan kembali bermukim di hati.

No comments: