Sudah lama kami merancang untuk bercuti, tetapi disebabkan tugasan dan kerja seharian kami tidak berkesempatan melakukan aktiviti bersama keluarga.
Pada 9 April 2009, kami berempat, mama, abah , adli dan akif bercuti ke Pulau Kapas. Satu-satunya destinasi yang menjadi sejarah kami berdua. di sinilah destinasi bulan madu kami pada Jun 1999. kalau dulu hanya kami berdua tapi sekarang berempat.
akif dan adli antara yang paling seronok. Kami bertungkus lumus mengajar mereka snorkerling. Si kecik adlipun seboleh-bolehnya mahu snorkerling bersama. Mama terpaksa memangku adli sepanjang aktiviti tersebut. Seronoknya tengok anak-anak bermain tanpa disedari muka terbakar.terlupa nak bawa sunblock cream.
No comments:
Post a Comment