Monday, 13 April 2009

sebening pagi

Hari ini tersedar dari tidur pukul 6 pagi. Alhamdulillah syukur ku panjatkan kepada Allah kerana memberiku peluang untuk terus menapak di bumimu.Kuselak langsir bilik tidurku, hujan di luar masih belum berhenti. Sebelah kananku hubby sedang enak dibuak mimpi. Entah pukul berapa malam tadi tidur agakanya. Aku terus bangun menguruskan diri untuk bersujud kepadaMu.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Ampunilah dosaku,
Dosa kedua ibubapaku,
Suamiku,
Anak-anakku,
Guru-guruku,
Anak didikku,
Sahabat-sahabatku
Dan juga kaum muslimin sekalian.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Pagi ini, hambamu sujud padamu
Restuilah perjalanan hidup kami
Berikanlah kami keberkatan
Di dalam setiap urusan yang kami lakukan
Berikanlah kami kekuatan
Di dalam menempuh setiap dugaan
Berikanlah kami semangat juang
Untuk terus melakukan yang terbaik.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Perihalah kedua puteraku,
Berikanlah aku kekuatan
Untuk menjaga amanahmu
Jadikan mereka insan yang berjaya
Dunia dan akhirat.
Perelokkanlah akhlak mereka
Sesungguhnya aku hambamu yang lemah
Hanya mampu berserah kepadamu Ya Allah

Amin…

Alhamdulillah ketenangan bermukim di sudut hati.Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Aku mesti membangunkan putera sulongku untuk ke sekolah. “Bangun akif, sekolah”Alhamdulillah dengan satu ayat sahaja akif bangun dari tidur dan terus ke bilik air untuk menguruskan diri. “Akif jangan lupa solat subuh ya Mama nak cepat, Mama ada kelas pagi.”aku mengingatkan putera sulongku. Selalunya memang putera sulongku yang pertama aku kejutkan sebab kalau kejutkan serentak dengan adiknya pasti kedua mereka akan berperang di dalam bilik air.Putera keduaku baru berusia empat tahun. Perangai dan ragamnya memang menguji kesabaranku sebagai seorang ibu….Sememangnya yang pasti dia mahu perhatian dariku.
Percayalah sayang… Mama teramat menyayangimu…
Bangun sayang...
Solat subuh dulu
Senyuman manis kuberikan
Sedekah paling bernilai untuk insan bergelar suami...
dan aku... seperti kebiasaannya... memandu kereta...ke tempat kerja

No comments: