Wednesday, 20 April 2016

Tips Melancong Ke Jepun 2



2. Penginapan.

Mana nak tinggal kat sana ya? Hotel atau apartment. Oleh kerana saya tinggal agak lama juga di Nagoya iaitu selama lebih kurang lima hari 4 malam. So saya pilih untuk tinggal di apartment. Saya tempah apartment ni melalu  airbnb. Tuan rumah dia Mr Yamamoto (Airbnb) (express@airbnb.com. Kos dia tak adalah mahal sangat. Lebih kurang 40 Euro untuk satu malam.  Kelebihan tinggal di apartment ni adalah kita boleh buat rumah ni macam rumah kita sendiri antaranya boleh cuci kain dan masak. Masak  sangat penting bila kita di Jepun sebab susah nak cari kedai makanan halal di sana. Tak perlulah nak masak benda2 yang complicated bila kita travel ni, yang simple2 sudahlah ya. Masa di Tokyo pula saya tinggal di Sakura Hotel Hatagaya, berdekatan dengan Sinjuku station. Kelebihan hotel ni adalah ada makanan untuk Muslim. So kalau lapar senanglah sikit. Tak perlu order jauh. Masa saya nak book hotel ni melalui booking.com. Hotel ni dah penuh. So saya email direct kat hotel untuk booking. Alhamdulillah dapatla satu bilik. Tiga hari 2 malam seterusnya saya tinggal rumah ex student saya di Yonezawa, Yamagata. Dan hari last saya di Nagoya saya tinggal di Mystar Hotel lebih kurang 750 meter dari Sakae Station. Ok. Setel bab penginapan.





3. Makanan.
Oleh kerana saya tidak menggunakan tour guide untuk menunjukkan mana makanan yang boleh dimakan di Jepun. So saya prefer untuk bawa makanan saya sendiri. Antara makanan yang saya bawa adalah
a) 10 Bungkus nasi Berahim (Nasi lemak, Nasi goreng kampung, Nasi briani ayam dan kambing)
b) Sambal daging ¼ kilo
c) Kari ayam, sambal tumis ikan bilis berahim
d) Choclate Darry Milk Bar
e) Snek tam-tam
f) Tupperware plastic (untuk tapau makanan untuk kita bawa bekal makanan)
g) Bekas air panas
h) Periuk nasi portable
i) Maggi perisa kari dan asam laksa
j) Nescafee 3 in 1
l) Milo 3 in 1
Pendek kata satu beg saya penuh dengan bekalan makanan. Bukannya apa. Untuk kesenangan diri sendiri kat sana. Bila lapar je, makanan dah ada. Lagipun nak dapatkan makanan halal bukannya senang, dah lah jauh, Mahal pula tu. Setiap kali keluar saya akan bawa bekal makanan ni siap-siap. Bila kami lapar, buka beg dah boleh terus makan. Beg kami kat sana macam beg doraemon Macam-macam ada. Dah namapun beg packer.


4. Nak Pergi Musim Apa?
Pasal nak pergi musim apa? Jepun ni setiap musim tu sangat menarik dan berlainan. Saya cadangkan datang time tak terlalu panas or terlalu sejuk. Terlalu panas August la biasanya peak summer. Terlalu sejuk plak December, January tu waktu peak winter. Kalau nak tengok sakura pula, kebiasaanya area Tokyo April dah blooming dah. Kalau time Autumn pula bulan November or awal December. Pemandangan musim Autum sangat lawa. sgt pokok2 yg mengeluarkan colorful leaves. Tapi time summer pun ada bermacam aktiviti menarik. Time winter pula, kebiasaannya  orang akan pergi kawasan snow. Tokyo area snow dia tak adalah tebal sangat. Masa saya pergi tu musim luruh. Memang pemandangan dia cantik. Terutamanya di Lake Kawaguchiko. Maka jadilah “Cintaku berputik di Lake Kawaguchiko”.

Station Lake Kawaguchiko






































No comments: