1. Jangan
marah anak kalau dia buat silap.
Kadang-kadang
kita sebagai ibu bapa kita menganggap diri kita mempunyai kuasa veto pada
anak-anak. Pantang dia buat silap, kita akan sergah dan marah dia. Anak-anak yang
sentiasa dimarah dan disergah akan
menjadi seorang anak yang pasif, tidak
mempunyai keyakinan diri dan paling teruk dia akan sentiasa memberontak semata-mata untuk mendapat perhatian daripada
kita. Kalau dia buat silap.. peluk dia, dan usap kepala dengan ikhlas. Cakap
kat dia..” Mama tahu along dah buat silap.. tak pa mama doakan lain kali along
tak akan buat silap lagi”. Kalau malas nak cakap diam sahaja, tapi dengan syarat jangan tunjuk muka masam. Sebab anak-anak sebenarnya dia tahu dia buat silap dan dia sendiripun rasa bersalah dengan kesilapan yang dilakukan. Kalau kita marah di saat dia membuat kesilapan akan membuatkan dia menjadi semakin bersalah dan tertekan.
2. Banyak
sentuh dan usap dia.
Setiap
kali dia nak keluar dari rumah ataupun kita nak tinggalkan dia di rumah, kita
peluk dan usap dia. Begitu juga tiap kali kita balik dari kerja dan dia balik
dari sekolah. Kita panggil dia dengan panggilan manja dan peluk dia selama 5- 10 saat, tak perlu nak cakap apa-apapun.
Insya Allah dia akan berubah menjadi seorang yang tenang dan mendengar kata.
Kerana pelukkan dari ibu dan ayah akan membuatkan diri mereka sentiasa merasa
dilindungi. Hasilnya walaupun mereka berada jauh dari kita, kita akan sentiasa
dekat dihati mereka.
3. Makan
malam bersama-sama
Sebagai
ibubapa kadang-kadang kita sentiasa lupa untuk bertanya khabar aktiviti harian
mereka. Kalau tak boleh setiap hari, Sekurang-kurangnya dalam seminggu kena ada
3 kali kita makan bersama-sama dengan anak-anak dan juga keluarga. Terutamanya ketika
makan malam. Lupakan sekejap bebanan kerja yang kita ada untuk melayan mereka.
Biarkan mereka berbual dan bercerita tentang apa sahaja, dan kita bagi respon
sebaik yang mungkin apa yang mereka beritahu pada kita Elakkan dari
mengeluarkan pandangan negatif seperti
mengutuk, menghina dan mencaci diri mereka ataupun apa sahaja cerita yang
mereka beritahu pada kita. Elakkan mengeluarkan idea-idea yang mempunyai
unsur-unsur hasutan, provokasi kepada mereka.Elakkan
dari berleter, Berikan mereka idea,
cadangan dan nasihat yang baik. Insya Allah mereka akan selesa bercerita apa
sahaja pada kita.
4. Ajak anak
teman kita shopping atau beli barang.
Sewaktu
beli barang dengan mereka di Supermarket
ataupun di pasar. Ajar mereka barang-barang keperluan yang perlu ada pada
sesebuah rumah. Jangan sumbat semua maklumat dalam masa sehari. Ajar
sikit-sikit. Contoh ajar macam mana cara nak pilih ikan segar. Walaupun benda
tu simple tapi sangat berbaloi-baloi bila kita ajar sejak dari kecil lagi. Sebab
nanti bila kita pergi supermarket kita akan nampak dia suka memilih barang
keperluan rumah sendiri. Selain itu jangan
lupa minta pandangan mereka untuk memilih sesuatu yang anda ingin beli. Kalau pandangan
dia bagus, puji pandangannya dan ambil cadangannya. Ini akan membuatkan dia
rasa dihargai.
5. Ajar
sendiri anak baca al-Quran dan ajak mereka solat sekali dengan kita.
Ini
sangat-sangat penting. Kadang kala kita lupa atau kita tak sempat nak ajar
mereka mengaji al-Quran dan juga solat. Kita membiarkan anak-anak membesar
tanpa ilmu agama. Kita pentingkan ilmu akademik, tetapi ilmu agama kita
abaikan. Keadaan ini sangat merbahaya
kerana anak-anak yang tidak dididik dengan ajaran dan praktikal agama akan
menyebabkan jiwa mereka kosong dan rohani mereka lapar. Bila jiwa mereka lapar,
cubaan untuk mereka mencari benda-benda yang tidak baik dan tidak bermanfaat
sangatlah tinggi.
6. Jadi
role-model kepada mereka.
Jangan
kita sekadar bercakap, tetapi kita tidak buat. Sebagai contoh kita suruh anak
kita pergi solat magrib dalam waktu yang sama kita syok melayan drama kat TV ataupun
kita tunjuk contoh tak baik dengan membuang sampah merata-rata. Anak-anak sentiasa memerhatikan
telatah orang dewasa dan mereka
akan ikut orang dewasa. Kalau kita buang sampah merata-rata depan mereka,
nanti dia orangpun akan
ikut. Kalau kita caci maki orang lain depan dia orang, diorang pun akan ikut. Jiwa-jiwa anak-anak terlalu suci. Jadilah role-model yang terbaik untuk
mereka.
7. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT.
Sentiasa berdoa dan
meminta kepada Allah SWT supaya anak-anak kita menjadi anak2 yang soleh dan
solehah. Doa ibu bapa adalah keramat untuk anak-anak. Sentiasalah berfikiran
positif kepada anak-anak kita. Kerana apa yang kita fikir itulah yang akan
terjadi. Fikir itu juga doa. Sebagaimana Firman Allah dalam hadis qudsi “Aku
mengikut apa yang hambaku sangkakan”. Berfikirlah secara positif, Insya Allah
anak kita akan membesar sebagai seorang yang positif.
Anak adalah amanah Allah yang perlu dijaga sebaik-baiknya. |
No comments:
Post a Comment