Assalamualaikum
En Romli. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk saya menemubual En
Romli. Untuk pengetahuan En Romli,
kajian ini bertajuk faktor-faktor kejayaan usahawan dari perspektif Islam.
Sebelum kita mulakan temubual kita dengan lebih lanjut terlebih dahulu, saya
nak minta En Romli terangkan sedikit
tentang latar belakang En Romli.
Waalaikumusalam, nama saya Romli Ishak,
saya berasal dari negeri Kedah Darul Aman. Sedikit tentang latar belakang saya,
saya merupakan anak yatim, ayah saya meninggal ketika saya berusia 2 tahun.
Selepas usia saya 5 tahun mak saya kahwin lain. Bapa tiri saya tak nak saya dan
mak saya buang saya. Dia hantar saya kat rumah datuk saya. Bermula dari
peristiwa itu, saya dibesarkan oleh Tuk saya.
Walaupun saya dibesarkan dalam keadaan
yang amat menyiksakan, tapi sebenarnya keadaan inilah yang telah banyak membina
jati diri saya. Saya duduk dengan atuk
saya, yang tidak ada isteri masa tu. Atuk saya hantar saya sekolah, tapi dia
pesan kat saya kalau nak sekolah tak boleh ponteng sekolah dan kena dapat
nombor dalam peperiksaan 1, 2 dan 3 sahaja. Saya pernah kena rotan dengan atuk
saya sebab dapat No 6. Macam manalah saya nak dapat no 1, 2, 3. Saya tak ada
buku teks macam orang lain. Saya cuma ada buku tulis sahaja. Tuk saya tak mampu
nak belikan saya buku teks. Hujung tahun 1975 barulah kerajaan bagi buku
teks. Masa saya pergi sekolah atuk saya
bagi 10 sen sahaja. Masa tu 10 sen lepaslah nak beli nasi lemak satu bungkus,
air saya minum air paip sahaja. Perut saya ni dah immune dengan air paip.
Walaupun minum air paip saya tak pernah kena sakit.
Beberapa tahun kemudian atuk saya kahwin
dengan orang kampung sebelah, saya dapat nenek tiri. Nasib baiklah nenek tiri
saya ni baik orangnya. At least makan pakai saya terjaga, tapi masalahnya saya
nak pergi sekolah jauh sebab saya terpaksa tinggal dekat rumah nenek tiri saya
yang rumahnya jauh dari sekolah. Setiap hari saya kena kayuh basikal lebih
kurang 10KM sehari. Imagine waktu tu saya masih sekolah rendah. Badan berpeluh-peluh kayuh basikal barulah
sampai sekolah. Tapi semangat saya sentiasa berkobar-kobar untuk pergi
sekolah. Lepas tu saya dapat result yang
bagus dalam Peperiksaan Penilaian darjah lima dan saya dapat masuk boarding school iaitu Sultan Abdul
Hamid College. Sekolah Tun Dr Mahathir dulu.
Sewaktu saya masuk sekolah menengah,
prestasi pelajaran saya masa tu merosot,
sebab saya selalu keluar sekolah untuk cari duit. Setiap hujung minggu saya
akan balik berniaga, cikgupun faham dengan keadaan saya. Kat asramapun saya meniaga macam-macam. Masa
saya nak exam SRP, saya kena belajar dan fokus betul-betul, sebab nak dapat
result yang baik dalam exam. Sebab sekolah tu pula tak dapat 15 agregat kena
reject. Saya sangat takut waktu tu.
Takut kena buang sekolah. Orang kampung semua ingat saya belajar bagus kat
sekolah tu. Masa tu siapa yang dapat masuk Asrama Penuh ni kira hebatlah. So
saya sangat takut kalau-kalau saya kena buang sekolah. Habislah saya kena marah
kat Tuk saya. Tiga bulan nak exam, saya tak keluar mana-mana. Saya fokus
betul-betul pada pelajaran saya. Saya pulun belajar betul-betul. Saya baca
yasin hari-hari. Saya solat hajat hari-hari, akhirnya saya dapat 13 agregat.
OKlah at least saya tak kena reject dari sekolah tu.
Bila saya naik tingakatan 4, Saya
dilantik memegang macam-macam jawatan kat sekolah, saya sangat sibuk dengan persatuan waktu tu , sebab tu SPM saya
teruk. Saya cuma dapat pangkat dua
sahaja, tapi pangkat dua masa tu, dah boleh masuk Universiti, akhirnya saya
dapat masuk UPM, ambil Diploma in
Agriculture.
Itulah
serba sedikit tentang latar belakang hidup saya, walaupun saya
dibesarkan di dalam keadaan yang sangat susah tapi saya bersyukur kerana
kesusahan itulah yang menjadikan saya seorang yang tabah dan kuat semangat.
Ok, En Romli berdasarkan pengalaman En
Romli, Apakah personaliti yang perlu ada
pada diri seorang usahawan Muslim?
Pada saya, saya yakin dan saya nampak
sebagai seorang usahawan Muslim kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah
SWT samada di waktu susah atau senang
kita. Kita kena percaya dan yakin semua
yang berlaku di dalam hidup kita, adalah perancangan daripada Allah SWT. Oleh
itu, kita sebagai hamba kena yakin sepenuhnya
kepada Allah SWT.
Selain itu, untuk berjaya di dalam apa
jua bidang yang kita ceburi, kita kena berusaha sehabis yang mungkin. Usaha up
to the limit. Selagi mana tidak ada kata berhenti jangan berhenti. Macam mana kita nak tahu yang kita kena berhenti.
Bila Allah SWT bagi kita sakit, bagi kita demam. Saya biasa masuk wad sebab
demam. Selain itu, selagi kita sihat dan
mampu untuk bekerja kita kena kerja. Sebab dunia adalah tempat untuk kita
bekerja bukan untuk kita berehat dan kerja juga merupakan satu ibadah.
Seorang usahawan muslim juga kena ikhlas
di dalam menjalankan perniagaan mereka. Jangan sekali-kali menipu, suka ambil
kesempatan kepada orang lain. Yang penting prinsip agama kena jaga.
Kebanyakan bisnesman yang rosak ni, dia bukan pengasas kepada perniagaan yang dijalankan, tetapi dia
adalah orang yang mewarisi perniagaan
tersebut daripada keluarga dan sebagainya. Biasanya kalau dia yang mengasaskan
perniagaan dia akan jadi seorang yang hebat.
Berbeza usahawan dengan CEO ini adalah usahawan adalah orang yang merentas jalan, manakala
CEO pula adalah orang yang menguruskan perniagaan. CEO tak semestinya usahawan, tapi
kebiasaannya usahawan boleh menjadi CEO sebab dia kena tahu everything di dalam
perniagaan yang dilakukan.
Selain itu, bagi yang masih ada mak
ayah. Kena jaga mereka baik-baik. Mereka adalah sumber kekuatan seorang anak.
Saya cuma rapat dengan mak saya bila saya dah dewasa, bila ayah tiri saya dah
meninggal dunia. Mak saya dulu dan mak
saya sekarang sangat berbeza. Dulu mak
saya dia buang saya sebab dia ikut perintah suami dia, dia kena taat pada suami
dia, tapi bila ayah tiri saya dah tak ada. Saya cari mak saya balik. Doa seorang ibu sangat mustajab. Sebagai seorang
anak janganlah kita menyakiti hati mak ayah kita. Takut nanti dia kata macam-macam kat kita, hidup kita akan
susah nanti. Pada saya, kalau saya nak buat sesuatu saya akan minta mak saya
tolong doakan untuk saya. Macam hari tu saya cakap kat mak saya, saya nak
submit proposal kat JCorp, Saya minta
mak saya doakan untuk saya. Hari yang saya submit proposal tu. Mak saya dia
puasa dan solat hajat untuk saya.
Bergambar selepas sesi temuramah dengan En Romli Ishak di Pejabat Beliau |
Nantikan buku bertajuk: Resepi Kejayaan 20 Usahawan Muslim Di Malaysia yang bakal muncul di pasaran tidak lama lagi, Buku ini akan menceritakan temubual saya bersama 20 Jutawan Melayu di Malaysia yang akan berkongsi kejayaan mereka di dalam bidang perniagaan yang diceburi