Thursday, 21 April 2011

Melayu Oh Melayu..

Sebenarnya tanpa kita sedar dan ketahui sudah lama bumi bertuah ini dijajah oleh bangsa lain, Penjajahan dari semua aspek, pemikiran, budaya, adat resam dan yang paling utama dari aspek ekonomi. Mengapa saya berani untuk berkata begitu. Berdasarkan pengalaman saya...

Saya adalah salah seorang petani, menceburkan diri dalam bidang pertanian masuk tahun kedua atas dasar minat dan mahu melihat potensi di dalam bidang pertanian. Saya teringat sabda Rasul SAW yang bermaksud:
Tidak ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada makanan hasil pekerjaan tangannya sendiri, dan sesungguhnya nabi Allah Daud a.s, makan dari hasil pekerjaan tangannya.

Menceburi bidang pertanian merupakan ibadah, selain bersedekah kepada golongan yang memerlukan, kita juga telah menunaikan sedekah kepada binatang yang memakan hasil2 tanaman. Dan setiap hari sekiranya kita redha, kita akan mendapat pahala bersedekah.(Nanti saya ceritakan konsep ini dalam siri penulisan saya yang lain)

Apabila tanaman saya mengeluarkan hasil saya akan membawa hasil itu dijual di Pasar Borong Selangor. Saya akan mencari kedai demi kedai di Pasar Borong untuk menjual hasil tanaman saya. Beberapa kedai Melayu yang saya pergi. Tidak mahu mengambil produk saya, kalau boleh saya mahu menjualnya kepada golongan Melayu sebab untuk membantu mereka. Dan apa yang terjadi... Golongan Myamar yang kebanyakkannya berniaga di pasar borong tersebut membeli hasil tanaman saya dan menekan dengan harga yang tersangat rendah. Oleh sebab saya tidak mahu hasil itu dibuang begitu sahaja, saya terpaksa menjualnya walaupun harga yang dikenakan sangat2lah rendah. Saya duduk di situ agak lama untuk memerhatikan apa yang Golongan Mymar ni buat dengan sayur2 yang dibeli murah ini. Rupa2nya dia menjual kepada golongan Melayu yang berniaga di situ yang tidak cukup bekalan sayurnya.Dengan kata lain Mymar telah menjadi orang tengah dalam perniagaan ini. Sedangkan kita golongan Melayu telah ditindas oleh mereka. Kenapa terjadinya Masalah ini?

Peristiwa kedua, kami meniaga sayur kami ke kedai2 runcit yang dimiliki oleh golongan Melayu untuk menjual hasil tanaman kami. Apa yang saya boleh katakan di sini kedai-kedai runcit Melayu yang saya pergi tidak berani untuk membeli hasil pertanian saya kerana dia akan mengambil barang dari pasar borong dalam bentuk bundle. Sekiranya dia mengambil sebahagian sayur dari saya, dia tidak akan dapat harga borong dari pasar borong untuk dijual, dan ini membuatkan dia akan rugi.Terdapat juga di kalangan peniaga-peniaga Melayu yang akan membeli hasil sayur saya dengan menekan harga yang agak rendah, lebih rendah dari apa yang diperolehi di Pasar Borong.

Saya pernah Offer pada seorang peniaga kedai runcit untuk menjadi dealer kepada penjual2 sayur di sekitar kawasan yang sama, Katanya. Susah, kerana Melayu dalam keadaan macam manapun tidak akan bantu Melayu. Dia lebih rela beli sayur tu kat bangsa lain daripada membeli sayur daripada golongan Melayu, tambahan lagi kalau kalau golongan tersebut adalah pesaingannya.Mengapa terjadinya masalah ini?

Salah satu punca mengapa orang Melayu tidak berapa maju di dalam bidang perniagaan adalah kerana mereka tidak berani untuk menghadapi risiko, tidak kreatif dan berniaga betul2 untuk mencari makan. Dan yang paling teruk lagi Melayu sangat tinggi dengan perasaan hasad dengkinya, tidak boleh melihat bangsa sendiri maju. Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk berjihad di dalam bidang ekonomi kerana dengan memajukan eknomi maka kita akan menjadi kuat dah teguh. Saya tidak menolak kekuatan dalaman itu penting, tetapi tanpa kekuatan luaran juga umat Islam sebenarnya tidak mampu untuk menangkis segala bentuk serangan yang datang. Dengan kata lain kalau bangsa kita lemah dari aspek ekonomi maka kita juga mengalami kelemahan dari semua aspek. Macam mana kita nak menyumbang untuk tujuan kebajikan sedangkan kita lemah dalam bidang ekonomi.

Pentingnya kita berjuang membangunkan Ekonomi, Sebelum ini saya ke Singapore untuk sesi pembentangan kertas kerja. Saya pergi ke Salah satu universiti di Singapore. Apa yang membanggakan saya adalah University saya pergi itu di bina di atas sumbangan ahli-ahli perniagaan yang berjaya. Mereka senaraikan nama company yang berjaya yang telah menyumbang untuk membangunkan University tersebut yang keseluruhannya adalah daripada golongan yang berbangsa Cina dan mereka mengumpul dana dan membina Universiti. Di dewan konference itu tersenarai nama syarikat yang menyumbang untuk membina University tersebut. Di dalam hati saya terdetik.. alangkah indahnya kalau ahli perniagaan di Malaysia berkumpul dan mengeluarkan dana untuk membina University seperti ini. Dengan apa kita hendak memberi sumbangan untuk membina University tanpa ada sumber ekonomi yang kukuh.

Saya memerhatikan masyarakat Melayu, lebih seronok menjadi pemerhati, Bercakap isu ini di kedai kopi bagi masyarakat kampungnya, bagi golongan bekerja pula masa minum rehat dan berchatting kat FB, Twitter dan sbgnya. Lebih suka menjadi pelanggan kepada bangsa asing di dalam apa jua urus niaga daripada bangsa sendiri. Saya tidak menolak kadang2 orang Melayu berniaga ada kelemahannya, samada dari aspek produk, pengurusan dan PR dengan pelanggan. Tapi bagi kita yang diberi kesedaran, apa salahnya kita menegur peniaga-peniaga Melayu dan memberi cadangan yang sewajarnya, Semoga dengan inisiatif yang sedikit yang kita lakukan ini akan memberi impak yang besar kepada golongan peniaga dan seterusnya dapat membangunkan ekonomi keluarga, bangsa dan juga agama.

Renung2kan dn fikir2kan

Tuesday, 22 February 2011

MencintaiMu

MencintaiMu
Satu anugerah terindah dalam hidupku
Malamku sunyi tanoa bintangMu
Siangku suram tanpa mentariMu
Resah memayungi hidupku
Hari-hari yang berlalu
Terasa memijak duri sembilu
Gelisah yang bertamu di kalbu
Kepedihan mengikat ruang waktu
Kepahitan membelenggu
Tanpa nur dan hidayahMu

Ruang hidupku dibelenggu dengan dosa
Aku ingkar pada setiap tegahanmu
Aku ikut setiap nafsu
yang beraja di hatiku
Padaku itulah kebahagiaan
Itulah Ketenangan

Aku mendongak tinggi ke langit
Hanya langit biru, tidak kulihat Engkau
Aku merenung dalam ke laut lepas
Hanya semilir angin memukul, tanpa ku rasa Engkau
Aku belari mengejar pelangi indah
Yang muncul tak kala guruh dan hujan berhenti
Namun tidak juga kutemui Engkau.

Ya Allah
Kutahu kewujudanMu
Engkau sentiasa bersama hambaMu
Dalam setiap suka dan dukaku
Dalam setiap langkah perjalanan hidupku
Dalam setiap saat nafasku
Dalam setiap ruang yang membelenggu
Dalam siang cerah yang menyinariku

Tapi mengapa aku Ya Allah
Dalam rahmatMu
Dalam cintaMu
Dalam kasihMu
Dalam sayangMu
Tak pandai aku bersyukur
Tak pernah aku mengingatiMu
Tak rasa hadirmu dalam hidupku
Tak rasa untuk aku sujud padaMu

Ya Ilahi Ya Rabbi
Tak kala langkah ini terhenti
Tak kala aku tersedar dari lena yang panjang
Tak kala aku insaf dari kesilapan
Tak kala itu, aku harus akur
HidayahMu adalah sinar hidupku
Menenrangi kegelapan
Menyinari setiap ruang kosong
Memberiku ketenangan
Hanya padaMu
Kuserahkan segala pengharapan
Yang pasti...
MencintaiMu adalah anugerah
Teragung dalam hidupku
Kerana kasih sayangmu
RahmatMu luas
Tak bertepi..

Nukilan rasa
Yazilmiwati
2.00 am
Dari ruang kamar
21 Feb 2011

Puisi ini akan dipersembahkan kepada Penghuni-penghuni rumah pengasih pada 26 February 2011 oleh Yazilmiwati dan juga Nurhaslini (Student Islamic Studies)

Friday, 4 February 2011

Cerita pahit manis ayah dan ibu

Cuti sempena raya cina ni saya berkesempatan mengunjungi kedua orang tua dan juga keluarga mertua saya di kampung. Berhenti penat sekejap sementara menunggu misi-misi yang seterusnya yang akan bermula selepas Chinese New Year nanti.

Seperti biasa bila balik ke kampung rutin harian saya ialah duduk melepak dengan ayah dan mak saya di serambi rumah sambil makan goreng pisang panas dan juga teh O panas, Pukul 10.00 pagi, ayah saya baru balik dari menghantar rumput untuk makanan kambingnya dan selepas asar ayah saya baru habis mencerut rumput untuk makanan kambing-kambingnya. Saya dan mak saya seperti biasa akan menanti ayah saya balik dengan goreng pisang panas dan juga teh o panas, kadang2 tu, saya hidangkan ubi rebus ataupun pisang rebus untuk ayah saya. Anak-anak saya akan bersama-sama dengan anak-anak jiran di halaman rumah sambil bermain-main dengan permainan tradisi kampung. Saya akan melakukan rutin tersebut sambil mendengar celoteh2 mereka. Ada terselit cerita suka dan duka yang akan mereka kongsikan bersama saya. Sambil makan sekali sekala saya menyampuk. Aktiviti ini akan menghilangkan rasa tekanan kerja dan kesibukan mengejar masa buat itu dan ini sepanjang hidup di kota besar. Mereka adalah penawar hidup saya, tiap kali saya merasa susah hati, saya akan balik mencari mereka.bukan balik untuk berkongsi masalah saya dengan mereka tetapi melihat wajah dan senyuman yang terukir di bibir merekapun.. jiwa dan hati saya akan menjadi tenang.."Itulah The Power of Parent"

Teringat celoteh mak saya. "Kalau boleh mak tak nak kau mati dulu. sebab bila kau mati dulu sapa yang nak jaga mak, sapa nak jaga ayah" Sambil deraian air matanya jatuh ke pipi. Kelu lidah saya tak terkata. Begitu besar harapan ayah dan mak saya kepada saya. Jauh di sudut hati saya, saya tertanya-tanya adakah saya sudah menunaikan tanggungjawab yang sebenarnya sebagai seorang anak kepada mereka. Saya jauh di Kota. Mak dan Ayah saya jauh di desa. Hanya sekali sekala bila tiba musim cuti seperti ini saya akan balik menjenguk mereka. Kadang-kadang bila rindu pada mereka tidak tertanggung. saya akan menyuruh ayah dan mak saya berkunjung ke rumah saya di Ibu kota untuk beberapa hari. Saya akan merasa bersalah kepada mereka kalau tidak meluangkan masa sekali sekala untuk mereka.

"Anak-anak bila dah kahwin banyak yang lupa mak ayah sendiri.Kalau anak lelaki ikut sangat cakap bini, kalau anak perempuan ikut sangat cakap laki, tak ada masa nak jengok mak bapak sendiri, biar mak ayah sendiri duduk sorang2 kat kampung, tak adapun nak tanya khabar, sihat ke? Sakit ke? Hidup ke? Mati ke?, Kalau ya pun sibuk, tak akanlah tak ada masa langsung nak jengok orang tua kat kampung ni.." Ayah saya menyambung celotehnya.. Saya terdiam. diam seribu bahasa. Jauh di sudut hati saya mengerti ayah dan mak saya rindukan adik beradik saya yang lain. "Jangan ingat bila kita senang kita lupa pada mak ayah kita, kita boleh senang sampai bila-bila. belum tentu lagi"... Ayah saya berhenti seketika.Mata Ayah saya berkaca. Saya tak sanggup untuk menatap wajah-wajah sedih ayah dan mak saya. Saya mengalihkan cerita lain, saya tak mahu ayah dan mak saya bercerita tentang cerita2 sedih. Jauh di sudut hati saya, saya berjanji saya akan sentiasa meluangkan masa untuk mereka. Semoga Allah memberikan saya kesempatan untuk berbuat demikian. Semoga Allah panjangkan usia kedua orang tua saya..Saya masih lagi mahu mendakap mereka ketika usia mereka masih ada, bukannya ketika mereka sudah terbujur kaku.
"Mak dan ayah nak makan apa malam ni?" tanyaku sebagai mengalihkan topik cerita duka mereka. "Steamboat kat Pasar malam tu ada lagi tak? Kalau ada orang nak pergi beli. Mak dan ayah nak makan Steamboat tak?"Kedua mereka tersenyum memandangku sambil ayah menjawab. Mu kalau ada umah, naiklah badan ayah. Habislah diet ayah dengan mak kamu." Sambil tergelak... saya gelak sekali walaupun dalam hati saya juga seperti ayah dan mak saya... menangis.
Apa yang saya lakukan adalah untuk tauladan pada anak-anak saya. Semoga waktu-waktu emas saya nanti dia akan menjaga dan menyayangi saya seperti mana saya menjaga dan menyayangi mak dan ayah saya sekarang.

Monday, 6 December 2010

Motivasi Maal Hijrah 1432

Assalamuaikum,

Esok kita akan menyambut tahun hijrah 1432, Sudah pastinya setiap orang mempunyai azam dan matlamat tersendiri. Hidup tanpa tujuan dan matlamat seperti kapal di lautan luas yang tidak tahu ke mana arah dan tujuannya..
Manusia diciptakan oleh Allah SWT yang terdiri dari dua bahagian iaitu jasmani dan juga rohani. Kedua-dua bahagian ini perlu dijaga dan dipelihara untuk menjamin kesempurnaan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Apakah makanan utama jasmani kita? Apakah latihan jasmani yang perlu kita lakukan untuk memastikan kita sihat? Sudah pasti makanan utama untuk jasmani kita adalah makanan2 yang halal dan juga sihat. Kita perlu mengawal kuantiti dan kualiti makanan yang diambil untuk memastikan ianya mencukupi dan tidak melebihi daripada keperluan badan kita. Sekiranya makanan yang diambil melebihi keperluan badan, makanan tersebut akan bertukar menjadi lemak dan tosik yang berkumpul di dalam badan yang akan mengakibatkan munculnya pelbagai jenis penyakit.Selain daripada menjaga makanan, kita juga perlu sentiasa mengamalkan senaman secara konsisten untuk meningkatkan kadar metabolisma dalam badan, membekalkan oksigen, memberi latihan kepada sistem dalaman badan terutamanya jantung. Menjaga makanan dan juga senaman penting untuk kesihatan Jasmani kita.

Manakala dari aspek rohani pula, makanan utama rohani adalah iman, ilmu dan juga memperbanyakkan ibadah samada ibadah umum mahupun ibadah khusus. Bayangkan sekiranya kita hanya mementingkan diet yang sihat, menjaga pemakanan dan berat badan tetapi dari aspek rohani kita biarkan ianya kelaparan, maka sudah pasti kita akan mengalami satu kehidupan yang pincang dan tidak seimbang.Kehidupan di dunia yang mengejar pangkat dan harta suatu hari nanti akan musnah dan memakan diri sendiri, kecantikkan kita di dunia tidak akan berkekalan suatu hari nanti ianya akan menjadi makanan ulat semata-mata. tetapi latihan-latihan rohani yang kita lakukan di atas dunia merupakan bekalan yang akan kita bawa ketika bertemu dengan Allah SWT.

Tetapi bolehkah kita melakukan amalan2 baik untuk dibawa bekal di hari akhirat kelak sedangkan jasmani kita sentiasa lemah dan tidak sihat.Sudah pasti kita akan kehilangan motivasi dan semangat untuk melakukan amal ibadah kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Oleh itu menjaga kesihatan jasmani dan juga rohani penting untuk kita mencapai kebahagian dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Tanamkan azam sempena tahun baru ini untuk berhijrah ke arah kebaikan, membaiki diri menjadi insan kamil dan sempurna... Semoga setiap Jihad yang dilakukan untuk kebaikan akan mendapat pengiktirafan di sisi Allah SWT.Ini kerana Jihad yang paling besar yang perlu dilakukan ialah Jihad Melawan hawa nafsu..

Thursday, 12 August 2010

Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah syukur kepada Tuhan dengan segala rahmat dan kasih sayangnya diberi kesempatan untuk kita merebut pahala di bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga dengan melalui madrasah ramadan tahun ini akan memberikan kita kekuatan iman, ketakwaan dan ketenangan diri..

Saturday, 28 November 2009

Erti Sebuah Pengorbanan (salam aidiladha 27 Nov 2009)



Pondok di mana acara korban lembu diadakan.
Adik iparku bersama puteri sulongnya.



Sementara tengah menunggu lembu dilapah. "Janganlah serius bang"

Bergambar di rumahku di kampung. rumah ini sudah berusia 25 tahun.
Ayah, adik bongsuku dan juga sepupu baruku yang baru turun dari surau selepas menunaikan solat hari raya korban.Surau ni kalau hari raya aidilfitri penuh sesak.Tapi raya korban tak ramai. Dapatku perhatikan wajah-wajah warga emas di sini sedang bermuram kerana anak-anak yang berada di perantauan tidak ada di sisi.
Jemaah wanita sedang bersalam-salaman

Mulanya aku terfikir juga untuk malas balik ke kampung. Sebab cuti cuma dua hari. Memenatkan badan sahaja. Hubby juga mengomel2 kerja banyak. nak siapkan itu dan itu tambahan lagi sekarang hujung bulan banyak benda nak kena settle tapi memikirkan ibu dan ayah yang mengharapkan kepulangan anaknya di pagi hari raya maka aku kuatkan semangatku untuk balik ke kampung. Mujur dalam kesibukan kami hubby juga memahami... yang kami masih lagi ada ayah dan ibu yang amat memerlukan anaknya.Walaupun pada pandangan sesetengah orang hari raya ini cuma hari raya korban, tak beriya-iya menyambutnya pun tak apa, namun istilah korban itu sendiri perlu difikirkan oleh segelintir anak-anak yang tinggal di perantauan. Berkorban bukan bermaksud mengorbankan binatang ternakan sahaja, tetapi pengorbanan dari segi masa, tenaga dan duit juga perlu.. ayah dan ibu sangat merindukan kepulangan anaknya.Tambahan di hari perayaan sebegini.
Dapat ku lihat keceriaan di wajah orang tuaku apabila melihat anak menantu dan cucunya balik. Pagi tu kami sekeluarga sampai di kampung pukul 8.00 pagi, bertolak dari kl 10.00pm. Tidur di Gua Musang 3 jam. sebab tak tahan mengantuk.
"Along tak balik mek" tanyaku pada ibuku..
"Tak", air muka ibuku berubah..."Mek malas nak cakap apa, masing-masing ada anak, hari ni dia buat kat kita, esok lusa dia akan dapat balik... kalau dulu sebelum kahwin macam2 janji. tiap kali raya akan balik, tak akan ada alasan, tapi sekarang macam-macam alasan, anak cuti sekolahpun susah nak balik," Mata ibuku berkaca. Jauh di hati ibuku sangat sedih dengan sikap anaknya.
Aku terdiam mendengar leteran ibu. Jauh di sudut hati aku kesal, kesal kerana bertanyakan soalan itu kepada ibu, kesal kerana sikap anak-anak yang tidak memahami tentang pengharapan seorang ibu.
Sedarilah duhai anak... bukan wang ringgit yang diperlukan ayah dan ibu, tetapi perhatian dan kasih sayang lagi berharga bagi ibu diusia emas.Bayangkanlah kalau suatu hari nanti anak kita melupakan kita di saat2 kita mengharapkan mereka.... anak yang ramai belum tentu akan dapat menjaga hati dan perasaan ayah dan ibu kalau hari ini kita tak mampu untuk menjaga hati dan perasaan ayah dan ibu kita.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Penyayang
Kurniakanlah kepadaku kasih sayang dan perhatian suamiku, kedua ibubapaku dan juga anak-anakku sebagaimana aku mengasihi dan menyanyangi mereka...

Saturday, 17 October 2009

Annual Dinner (Sahabat Society)

Pengumuman:
kepada semua pelajar dan bekas pelajar, ahli sahabat society dan ex sahabat society yang ada kat Malaysia:-
Tolonglah joint annual dinner sahabat Society:
detail adalah seperti berikut:
Tarikh:24 october 2009
Masa: 8.00 malam-10.00 malamT
empat: Pusat Komuniti Cyber jayaBayaran:
RM50 (Makan Buffet 22 Menu, termasuk kambing panggang.
Untuk budak berumur 12 tahun separuh harga(6 tahun ke bawah free)
Kepada yang berminat untuk lawan futsal dan juga lwn berenang boleh datang awal selepas zohor.Perlawanan akan bermula pada pukul 2.00 petang.
Selain itu kita juga akan meraikan anak-anak yatim dari rumah anak-anak yatim limpahan kasih. (sesiapa yang nak menderma buku atau baju bolehlah derma pada hari tu)
Kepada yang tak ada transport, bas disediakan di Sunway University College pukul 10.00 pagi.(Sebab yang ikut bas ada lawatan ke Putra Jaya)
Tolonglah datang untuk mengeratkan hubungan antara kita. kira ala-ala reunionla. datang tau