Alhamdulillah selama 3 hari dua malam, saya diberi
kesempatan oleh Allah SWT untuk menghadiri satu Seminar Jutawan Industri 2013
di Dewan Tun Razak PWTC anjuran Richworks Sdn Bhd, Di bawah Mentor Pemasaran No
1 Asia, Dr Azizan Osman. Semasa saya pergi ke sesi preview seminar di dewan
MACC Shah Alam, saya sangat terkejut dengan kehadiran lebih dari 4,000 orang
Muslim yang sedang berpusu-pusu untuk masuk ke dewan, sehigga saya sendiripun
terpaksa bersesak-sesak masuk dan tertolak hingga ke dalam dewan. Uhhh!! Hampir
tak bernafas saya dibuatnya. Sudah lama saya tidak menyusahkan diri saya buat
kerja berebut-rebut macam ni. Seingat sayalah kali terakhir saya buat kerja
berebut2 ni ketika saya nak mencium Hajarul Aswad sewaktu membuat ibadah umrah.
Bertolak-tolak dan bersesak-sesak. Di dalam hati kecil saya berkata “ Masya
Allah..Hebatnya Dr Azizan ni, sampai macam ni sekali orang berebut untuk
mendapatkan tempat duduk semata-mata untuk mendengar dia bercakap.” Bila masuk
ke dalam dewan, saya melihat ada yang duduk di atas lantai, berdiri di
tepi-tepi dinding kerana kerusi sudah penuh. Nasib baiklah saya bawa tiga orang
team MAC yang masih muda dan masih kuat berlari untuk mendapatkan tempat duduk.
Alhamdulillah bolehlah duduk.
Sebelum saya menghadiri seminar ini, saya berasa begitu
lemah sangat dan hilang motivasi diri disebabkan tekanan dan bebanan kerja yang
sangat berat yang terpaksa saya siapkan di ofice, dalam waktu yang sama saya terpaksa
menyiapkan penulisan akhir tesis PhD saya, menyiapkan penulisan arikel di
Journal, saya terpaksa menyiapkan modul-modul
baru di MAC Training and Consultancy, menerima undangan ceramah, melayan mesyuarat
Jabatan, mesyuarat consultant dan juga persatuan, melayan pelajar-pelajar yang datang kepada saya untuk interview kisah
kejayaan, melayan pelajar-pelajar dan isteri-isteri yang bermasalah..
membuatkan saya merasa teramat-amat penat dan lemas. Sehinggalah suatu hari saya diajak oleh
sahabat saya Nursalina Yin Abdullah untuk mendaftar di Preview Seminar Dr
Azizan Osman, waktu itu saya tidak teragak-agak untuk mendaftar.
Selepas saya pergi ke preview seminar, Saya seperti mendapat tenaga baru, dan saya
tidak teragak-agak untuk mendaftar ke Seminar Intensif Jutawan Industri (IJI).
Alhamdulillah syukur sangat-sangat saya seperti di charge dengan bateri baru.
Banyak benda yang dikongsi oleh Dr Azizan sepanjang sesi seminar 3 hari 2
malam, membuatkan saya mengenali lebih tentang diri saya sendiri, membuatkan
saya memahami mengapa Allah tentukan perjalanan hidup saya seperti ini. Walaupun saya terpaksa bersesak-sesak di
antara beribu-ribu orang yang hadir di dalam seminar berikut. Saya tidak kisah.Malah
beribu-ribu orang yang hadir di IJI tersebut membawa harapan dan semangat
masing-masing untuk berjaya menjadi
manusia yang sempurna sebagai khalifah di Muka Bumi Allah SWT. Mengapa saya
berkata demikian? Sewaktu saya mengadakan sesi networking bersama perserta-peserta
seminar, saya berjumpa ramai golongan professional antaranya doktor, lawyer, pensyarah,
professor, guru,CEO syarikat, manager, ustaz,ustazah, kakitangan kerajaan dan ramai lagilah. Kalau
dalam bidang bisnes tu tak payahlah ceritalah.. macam-macam bisnes ada, daripada sekecil-kecil bisnes
hingga ke sebesar-besar bisnes. Dan
ramai juga saya jumpa pelajar-pelajar universiti yang tengah mencari-cari arah.
Kalau mereka bahagia dan berjaya di dalam hidup mereka? Kenapa mereka datang ke
sini? Ke seminar ini? Mesti ada sesuatu yang mereka harapkan sebab itu mereka
sampai di sini. Saya merasa sangat kagum dan tiba-tiba saya terasa amat
kecilnya diri saya ini.
Saya tak mampu nak kongsikan semua apa yang saya dapat, tapi insya Allah dari masa ke semasa saya cuba
hubungkaitkan apa yang saya dapat dengan peristiwa dan kejadian yang datang
kepada saya. Insya Allah dalam artikel kali ini saya nak kongsikan Tips untuk meningkatkan
motivasi diri, semangat diri yang hilang. Tips yang saya dapat ialah “The Power
of Grateful” ataupun kuasa bersyukur dan kuasa berselawat.
Saya percaya setiap dari anda semua tahu kelebihan
bersyukur, saya juga tahu. Tetapi saya jarang meluahkannya. Jadi untuk meningkatkan
semula motivasi kita, salah satu tips
yang anda boleh lakukan sebelum tidur malam
adalah anda ambil diari anda ataupun kertas. Andai senaraikan 10 sahaja perkara
dalam hidup anda yang membuatkan anda rasa bersyukur sangat-sangat. Saya bagi
contoh 10 perkara yang membuatkan saya rasa bersyukur sangat-sangat.
1. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah kerana kau masih
memberikan aku nyawa untuk bernafas.
2. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah kerana kau masih memberikan
aku rasa untuk aku menikmati rezekimu siang dan malam.
3. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah kerana kau masih memberikan
aku kesihatan untuk aku terus menjalani kehidupan di atas muka bumi ciptaanMu.
4. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah kerana kau masih
memanjangkan usia kedua ibubapaku untuk aku menikmati redup dan teduhnya kasih sayang mereka
kepadaku.
5. Alhamdulillah Ya Allah kerana kau kurniakan aku suami
untuk aku menyangi dan disayangi.
6. Alhamdulillah Ya Allah kerana kau kurniakan aku anak-anak
untuk aku menikmati indah dan bahagianya
perasaan menjadi seorang ibu.
7. Alhamdulillah Ya Allah kerana kau kurniakan aku
sahabat-sahabat untuk aku berkongsi segala rasa yang ada.
8. Alhamdulillah Ya Allah kerana kau memberikan aku peluang
dan ruang untuk menjadi seorang pendidik untuk mendidik anak-anak bangsaku.
9. Alhamdulillah Ya Allah kerana kau campakkan rasa cinta
dan pengharapanKu kepadaMu di dalam setiap atur langkah yang kulalui.
10. Alhamdulillah Ya Allah kerana kau berikan aku rasa cinta
dan sayangku kepada kekasihMu, buah hatiku Rasulullah SAW untuk aku susuli dan
teladani.
Tulis ayat-ayat syukur ini baik-baik dan simpan. Sebelum
tidur berselawatlah kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW paling
kurangpun 100 kali dan selepas itu tidur. Bilamana anda bangkit dari tidur.Bacalah
10 ayat syukur yang anda tulis tersebut. Percayalah anda akan merasa nikmat
yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Kenapa? Tak percaya. Ingatkan satu ayat al-Quran.” Sekiranya kamu bersyukur,
aku akan tambah kepadaMu. Dan ingatlah sekiranya kamu kufur, maka azabku
amatlah pedih.”
Kenapa saya minta senaraikan 10 sahaja. Sebab jika kita nak
senaraikan semua nikmat Allah yang Allah berikan kepada kita, Maka kita tak
mampu untuk senaraikan. Cukup dengan senarikan 10 nikmat sehari untuk kita bina
kekuatan dan motivasi diri. Cuba anda buat. Anda akan dapat kesannya.
No comments:
Post a Comment