Wednesday, 30 September 2009

Bersamamu adalah kenangan terindah dalam hidupku

28 Sept 2009. Di dalam kesibukkan umat Islam menyambut kemeriahan syawal. aku dan my hubby sempat bercuti di The Lagend Water Chalets Port Dikson. Selama dua hari kami menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak di sisi. Maafkan mama dan abah sayang... kerana terpaksa meninggalkanmu buat seketika....

Saat bersamamu adalah kenangan terindah dalam hidupku. Semoga kasih sayang kita kekal abadi Selamanya.


Berada dipelukanmu benar-benar memberikanku ketenangan. biar dunia tahu yang kita adalah pasangan yang bahagia. moga kebahagian ini akan terus kekal selamanya. kekal hingga ke syurga


Suamiku sayang... pandanglah isterimu dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada kebahagiaan kita. Dari hati akan tercipta pandangan hakiki, bukan padangan nafsu yang melulu, bukan juga pandangan mata yang kering dan juga minda yang kosong dan gersang.Walaupun sudah dimamah usia namun kebahagiaan tetap dan akan menjadi milik kita selamanya...






Monday, 31 August 2009

Majlis berbuka puasa dengan Kementerian Pengajian Tinggi

Kami menerima panggilan di saat2 akhir, KPT hendak berbuka puasa dengan kami. so segala persiapan dilakukan sesegera yang mungkin. Mujur bebudak Sahabat Soicety bagus-bagus, dan tak lupa juga pada sahabatku Nadia dan Cik Lan. Kehadiran kalian di Majlis itu sagat dihargai. Gambar ini adalah ehsan dari Ms Elizebath Lee (Pengarah Eksekutif Sunway University College)

Sunday, 30 August 2009

Ya Allah bantulah hambamu

Kiranya tiada lagi cinta insani untukku..... cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku... Moga kelak akan ada cinta untukku daripada insan yang mencintai Allah sebagaimana cintaku untuknya...
Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuhi setiap dugaan darimu.Janganlah kau campakkan kepadaku dugaan yang tidak mampu untuk aku menanggungya.Ampunilah segala dosaku dan maafkanlah aku.

9 Ramadhan (Makan luar)





Selepas berbuka puasa dan solat magrib di rumah, kami sekeluarga ke restoran Alisara untuk menjamu selera. First time bawa my hubby and family ke restoran itu. Sebelum ni pergi ke situ dengan my friend Nadia.

Friday, 14 August 2009

Pergi tak Kembali

al-Fatihah untuk Ustaz Asri Rabbani,

Baru kami berkira-kira untuk berjumpa dengannya next week. tapi dia telah pergi dulu...pemergiaanya sungguh mengejutkan.. terasa benar kehilangannya. sehingga ke saat ini kolam hati ini masih belum kering dengan titisan air mata perpisahan.Dakwah dan seruanmu begitu terkesan di hati ini. Jasamu tetap di kenang.