Tuesday, 15 May 2018

Jalan-Jalan Melbourne, Australia Part 1


Jalan-Jalan ke Melbourne Australia
Kami baru tiba di Melbourne Airport


 

1. Urusan sebelum ke Melbourne

Alhamdulillah.. Allah beri kami peluang untuk menikmati keindahan Alam di Melbourne Australia. Pada 7 Mei hingga 11 Mei 2018, Saya sekeluarga yang terdiri daripada 5 orang ahli keluarga bersama dengan 3 orang lagi sahabat berkesempatan mengunjungi Melbourne City. Tarikh kami pergi jatuh pada tarikh rakyat Malaysia mengundi iaitu pada 9 Mei 2018, tetapi nak buat macam mana, kami dah beli tiket lebih awal dan tidak boleh tunda atau dipinda lagi. So tak adalah kami nak mengundi tahun ni.  Setiap orang ceritanya tidak sama. Kami ke sana menggunakan mengikut bajet dan masa kami sendiri.

Saya telah membeli tiket untuk ke sana lebih awal iaitu pada bulan 14 Nov 2017, harga tiket AA masa saya beli adalah RM769 per pax. Masa ni tiket AA tengah promo. Saya terus booking tiket untuk semua ahli keluarga terlebih dahulu seramai 5 orang termasuk baby adib yang belum lagi cukup setahun pada masa tu. Untuk baby sahaja tiket yang dikenakan adalah RM500. Impian saya untuk membawa seluruh ahli keluarga ke luar negara Alhamdulillah menjadi kenyataan. Selain dari tiket untuk ke sana saya telah membeli travel insurans untuk keluarga saya iaitu RM103 dan juga ETA (Australia VISA) RM100 untuk 5 orang.

Perkara pertama sudah dibuat, tiket sudah ditempah. Perkara kedua yang saya perlu lakukan adalah mencari penginapan untuk keluarga saya. Dalam bulan Feb 2018, saya mencari-cari tempat penginapan yang sesuai untuk keluarga saya. Oleh kerana saya travel satu keluarga plus dengan kawan2, so saya prefer untuk duduk di apartment. Senang untuk saya masak dan basuh kain. Saya diperkenalkan oleh pelajar saya satu apartment di sana. Playhouse apartment. Tuan punya apartment ni En Abas orang Malaysia tetapi sudah mendapat Permanent Resident (PR) Australia. Harga apartment ni agak mahal jugak pada orang yang nak bercuti secara bajet. Harga dia 200 AUD pernight. Apartment ni mempunyai 3 bilik dan boleh muat seramai 9 orang (maksudnya 9 orang yang akan ada katil dan tilam untuk tidur). So kalau siapa yang nak pergi bercuti ramai-ramai dengan kawan, bolehlah ambil apartment ni. Satu lagi kelebihan apartment ni adalah kita akan ada parking kereta sendiri. Dekat Australia parking keretapun dah mahal. Sebelum saya sampai ke Melbourne saya sudah berpesan kepada En Abbas supaya belikan barang2 keperluan dapur untuk keluarga saya seperti beras, ayam, roti, mentega, minyak masak, garam, gula, kicap, telur, santan, sayur dan beberapa barang lain. So bila saya tiba di apartment barang2 keperluan dapur sudah terisi, tinggal nak masak dan makan sahaja. Untuk shooping barang2 dapur, kami cuma habis sebanyak 113AUD sahaja untuk 5 hari punya bekalan. Kepada yang berminat nak sewa apartment boleh menghubungi en Abbas di talian +61476103111.

Perkara ketiga yang saya lakukan adalah mencari kenderaan yang sesuai semasa di Melbourne. Oleh kerana kami semua ada 8 orang, so kami decide untuk sewa estima, untuk memudahkan aktiviti kami menikmati keindahan alam di sana. Kami menggunakan perkhidmatan sewa kereta dari syarikat Spendless Car Rentals – 26 Garden Drive, Tullamarine. Harga sewa kereta untuk 5 hari 4 malam adalah sebanyak 363.50 AUD lebih kurang RM1090.50. Bila kami sampai di airport Melbourne, sudah ada staff dari Spendless Car Rentals membawa kami ke tempat sewa kereta. Dan kami terus mengambil kereta tersebut untuk pulang ke Apartment yang kami sewa.

 

Dua minggu sebelum kami sekeluarga terbang, saya telah membuat penambahan kepada itenarary air asia iaitu dengan menambah bagasi sebanyak 50KG  pergi dan balik iaitu sebanyak RM398 serta penambahan untuk 2 meal pergi dan balik untuk 4 orang di dalam penerbangan RM240.

 

So bajet yang saya keluarkan untuk Flight, Rumah dan kereta adalah seperti berikut:

 

Flight: 4 dewasa 1 baby RM 3576

Penambahan bagasi 50 KG RM 398

Penambahan makanan Pra bayar RM 240

Travel Insurans (5 orang) RM103

ETA 5 orang (Visa Australia) RM 100

Penginapan: RM 2400

Kereta: RM 1090.50

Barang dapur: RM339

 

Total: RM8246.5

 

Hari pertama di Melbourne

Kami sampai di Melbourne dah malam, sebenarnya saya dah rugi satu hari perjalanan, saya beli tiket bertolak dari Malaysia pukul 10am. Sepatutnya saya kena beli tiket malam, so saya akan sampai di Melbourne siang. Rugila satu hari perjalanan. Tak pa.. semuanya adalah pengajaran untuk saya, moral of the story, kalau nak p overseas jangan beli tiket pagi ya.

Sampai sahaja di apartment, perut dah terasa lapar. So apa lagi. Apa lagi, benda yang paling senang dan simple nak buat adalah masak nasi, goreng telur mata kerbau makan dengan kicap, minum pulak teh o panas. sedapnya lahai kalau time2 lapar makan macam tu ya. Pulak tu suhu kat Melbourne masa saya pergi dah 6 darjah celsius. Mmg lapar plus sejuk. Lepas makan, katil dah memanggil2 untuk tidur. So kami tidur dululah ya.

Jalan2 Melbourne Bahagian 2


Bermula hari ke 2 kami di Melbourne, hari ni kami plan untuk ke Great Ocean. Pagi2 lagi kami menyediakan sarapan nasi goreng dan roti celup telur sebagai bekalan. Selepas sarapan kami bergerak ke Great Ocean. Perjalanan kami ke sana mengambil masa lima jam disebabkan kami singgah di pelbagai perhentian. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik dan menenangkan. Di kanan jalan ada rumput hijau yang terbentang luas, manakala di kiri jalan lautan luas yang membiru.. sungguh tenang dan damai. Terkadang kami menutup suis air cond kereta dan membuka tingkap. Sahaja kami biarkan angin dingin menyapa wajah kami sekeluarga. Suhu sewaktu kami di sana adalah 9 Darjah Celsius. Saya terpaksa memakaikan baju sebanyak 3 lapis kepada baby Adib untuk mengelakkan sejuk. Alhamdulillah sepanjang perjalanan dia tidak merenget. Tidur sepanjang perjalanan. Mungkin baby Adib juga enjoy dengan cuaca sejuk.

Sudah menjadi rutin saya bila ke Overseas, saya pasti akan menikmati buah2an yang fresh  dan murah dan juga susu segar yang sangat murah yang kami beli di supermarkert dalam perjalanan ke Great Ocean.  Buah-buahan dan susu segar menjadi snakking kami semasa di dalam kereta. Kami tak lama di National Park Port Champbell, sebab masa kami sampai di sana, matahari sudah mahu menghilangkan diri. Walau bagaimanapun kami sempat  menunaikan solat kami di sini serta menikmati Sunset. Subhanallah.. sungguh indah ciptaanMu.
Kekasih awal dan akhir kami

Baby Adib yang sangat happy



Abang Akif tak ada, Dia tak ikut sebab waktu kami pergi exam pertengahan tahun dah bermula