“Berkomunikasi dengan remaja macam ni kena banyak slow talk dengan dia zie?” Suami
saya berkata perlahan tak kala saya sibuk membancuh teh di dapur Mujahadah Agro
Camp. “Remaja yang sakit macam ni, lagi kita kasar lagi dia memberontak. Nak
mendidik anak-anak macam ni, kalau nak kasar kena lagi kasar daripada dia
orang. Kalau tak mampu jangan berkasar, banyak
kan berlembut dan memujuk”. Pesan suami saya lagi.
Saya tersentap, kepala saya ligat berfikir dan menghadam.
Satu persatu saya tatap wajah mereka tak kala memberi nasihat. anak remaja ini baru berusia 14-16 tahun, wajah mereka
kelat, tak seperti anak-anak remaja lain yang pernah mengunjungi kem sebelum
ini. Saya membelek-belek borang soal selidik di tangan. Antara kesalahan yang
dibuat mencuri, merokok, merempit, memeras ugut, membuli, berjudi, menengking
mak ayah, tidak solat, tidak puasa, malah ada yang tidak tahu langsung untuk
solat dan pelbagai kesalahan lain. Sepanjang 3 hari berprogram macam kata-kata kesat
yang dikeluarkan. Pantang ada kesilapan sikit, mereka mudah untuk menyumpah
seranah. Setiap kali mendengar sumpah seranah mereka. Setiap kali itulah saya
beristighfar panjang. Astagfirullahalazim!!
Otak makin ligat berputar,
kadang-kadang kita tidak sedar. Dosa yang anak-anak lakukan, sebahagiannya
adalah berpunca daripada kesilapan ibubapa sendiri. Kesilapan dari banyak sudut.
Saya tidak akan menghuraikan kesilapan itu di sini. Namun kesilapan yang paling
besar, tidak menjaga hubungan dengan
Allah SWT.
Saya membelek-belek fail di tangan. Hampir 70 peratus
daripada bercinta. Saya bertanya kenapa
mahu bercinta? Alasan yang diberikan, saya sunyi, saya mahu dicintai dan
menyintai, saya mahu disayangi dan menyayangi. Saya tersenyum memandang mereka.
Sebenarnya jawapan mereka memberi jawapan kepada persoalan saya.. sebenarnya
mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang, mereka mahu seseorang mengucapkan
pada mereka, saya sayang awak, saya cinta awak. ucapan yang lahir dengan hati
yang tulus ikhlas. kalau ada seseorang yang mendekati mereka dengan perhatian
dan kasih sayang pasti hati mereka udah cair dan lembut. Mereka akan mudah
untuk mengikut dan mendengar kata.
Ramai anak-anak remaja yang menghadapi masalah seperti ini
hari ini. Di setiap sekolah yang team MAC kunjungi, kami mendengar
keluhan-keluhan guru menghadapi masalah remaja seperti ini. Bayangkanlah kalau
dalam satu sekolah lebih daripada 200 orang pelajar yang bermasalah, kalau
1,000 buah sekolah dah ada 200,000 orang pelajar bermasalah. Tanggungjawab siapakah untuk mendidik mereka? Bila tanya tanggungjawab siapa? Masing-masing
mahu menunding jari sana dan sini.
Bukankah Islam mengajar kita untuk al amr bil ma’ruf wa nahy anil
mungkar? Sedangkan mereka adalah generasi muda yang bakal menjadi pemimpin.
Kalau bukan pemimpin masyarakatpun sekurang-kurangnya menjadi pemimpin
keluarga.
Saya melepaskan anak-anak ini pulang, dengan perasaan yang
sangat sukar untuk ditafsirkan. Jauh di sudut hati saya memohon. “Ya Allah, kau
rahmatilah anak-anak ini, lindungilah mereka, berilah mereka petunjuk dan
hidayahmu kepada mereka. mereka masih mudah Ya Allah..temukanlah mereka jalan
tebaik untuk mereka mendekatiMu. Jadikanlah mereka anak yang baik, anak yang
mendengar kata, anak yang patuh dan taat di dalam mengikuti setiap ajaranMu ya
Allah. Peliharalah kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.. AMIN
No comments:
Post a Comment