Hidup ini penuh dengan warna kisah suka dan duka, catatan insan kerdil ini adalah sebagai menghayati erti kehidupan sebagai hamba Allah di bumi yang fana ini...
Wednesday, 16 May 2012
Allah menguji kerana menyangimu
Duhai teman
Berjalan di bumi ini,
Terasa kian payah dan semakin susah,
Satu demi satu kekusutan datang,
Walaupun cuba untuk leraikan,
Namun tiada jalan yang penyelesaian,
Bila kekusutan dan kepayahan datang,
Yang tenang berubah menjadi suram,
Yang sabar berubah menjadi resah,
Yang riang berubah menjadi gundah,
Kepada siapa hendak diadukan segala keresahan,
Siapa yang sudi mendengar segala keluhan,
Siapa yang sudi mengubat luka jiwa yang lara..
Teman,
Renunglah ke dalam mata hati,
Siapakah yang menciptakan manusia,
Siapakah yang memberikan ujian demi ujian,
Siapakah yang kasihNya tidak pernah berkurang,
Siapakah yang rahmatNya meluas tak bertepi,
Teman,
Kisah duka dan derita,
Kisah susah dan sengsara,
Kisah pahit dan air mata,
Adalah hadiah yang tidak diminta,
Kerana di sebalik kisah sedih itu,
Allah ingin sekali melihat hambaNya,
Menangis dan merintih sayu kepadaNya,
Merendah diri dan meminta,
Menadah tangan dan berdoa,
Dalam sedu dan air mata,
Ya Allah Ya Rabbi..
Ku syukuri segala pemberianMu,
Aku redha di atas ujianMU,
Dan aku memohon kau ampunilah dosa-dosaku,
Kau rahmatilah perjalanan hidupku..
Dan tabahkanlah hatiku di dalam menerima UjianMu,
Berikanlah aku petunjuk dan jalan untuk kuharungi,
Segala dugaan yang menimpaku..
Berikanlah aku jalan keluar dari segala masalah yang aku hadapi,
Berilah aku semangat yang kuat dan jiwa yang kental di dalam mengharungi hidup ini,
Kuatkanlah imanku dan rahmatilah aku.
Duhai Teman..
Ujian Allah adalah bukti kasih sayangNya,
Kerana bersama-sama dengan kesusahan pasti ada bahagia di penghujungnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment