Hidup ini penuh dengan warna kisah suka dan duka, catatan insan kerdil ini adalah sebagai menghayati erti kehidupan sebagai hamba Allah di bumi yang fana ini...
Monday, 15 December 2008
Tuesday, 2 December 2008
Thursday, 20 November 2008
Kebesaran Allah (air terjun di atas gunung nuang)
Ekspedisi Gunung Nuang
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke gunung nuang. Student kesayanganku Farah (now at Monash University), Atikah (now at canada), Ayu ( kat sydney), Aku, Kak Anis, Hero Sahabat Society, Suhaizal,dan presiden sahabat society Ali (now at Canada). kami sama-sama mendaki gunung Nuang. mengambil masa selama lapan jam. naik dan turun. Huhhh penatnya tuhan Ajer yang tahu.Ekspedisi ini adalah pre camping sebelum aku bawa 40 orang student mendaki gunung. tapi penatnya tuhan ajer yang tahu. Anak-anak didikku tak putus-putus memberi semangat kepadaku.akhirnya kami sampai juga ke kem Lolo.
Diary seorang aku
Hari ini tersedar dari tidur 5.30 pagi. Mata terkebil-kebil memandang syiling. Tengah terfikir tugasan apa yang perlu dibuat hari ini. Aku menjenguk ke luar tingkap. Hujang renyai-renyai dari malam tadi belum lagi berhenti. Nampaknya tak bolehlah nak joging hari ini.Bangkit dari tidur terus masuk ke bilik air dan buat apa yang patut. Selepas solat kupanjatkan doa kepada Allah."Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, suamiku, anak-anakku, guru-guruku, murid-muridku dan juga saudaraku muslimin dan muslimat sekalian,Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami dan berikanlah kami kekuatan untuk terus berjuang ke jalanmu. Berikanlah kejayaan hidup di dunia dan akhirat.Berkatilah kehidupan kami dan jauhilah kami dari siksaan api neraka. Amin"Selepas solat subuh aku terus bersiap untuk ke office. Aku mengambil keputusan untuk keluar awal.biasanya kalau hujan macam ni memang jalan jam. Sebelum keluar sempat ku renung hubby di sisi.Kesian dia, entah malam tadi pukul berapa baru balik. Bangun solat subuh ya sayang!. bisik hati kecilku sambil mengusap lembut rambutnya. jam di dinding bilikku sudah menunjukkan pukul 6.15 pagi. perlahan kututup pintu bilik dan menuju ke bilik kedua puteraku. ku ambil kain selimut untuk menutup badan mereka dari kesejukkan suhu air-cond. mama pergi kerja ya sayang!
Wednesday, 19 November 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)