Saturday 21 May 2011

Perjalanan ke Tiong Kok (China) (2-6 May 2011)

Akhirnya sampai hari yang ditunggu-tunggu, perjalanan ke Guangzhou China. Walaupun pada mulanya saya dan hubby agar keberatan untuk pergi dek kerana bebanan tugas yang banyak dan tak berhenti-henti namun memandangkan tiket dah beli dan ada beberapa tujuan tertentu akhirnya kami menggagahi diri meninggalkan rumah jam 2.00pagi 3 Mei 2011 ke Terminal LCCT dengan dihantar oleh sahabat kami En Malan dan Puan Nadia.Sayu juga masa turun rumah, sayu hati meninggalkan dua putera saya yang tengah enak beradu, “Mama pergi dulu sayang, Semoga Allah melindungi kalian berdua, jaga diri ye sayang” saya mencium mereka sambil menahan air mata yang hampir jatuh. Walaupun hanya 4 hari berpisah namun hati ibu mana yang sanggup meninggalkan anak yang masih lagi kecil. Saya menutup pintu bilik mereka dengan perlahan dan terus melangkah turun ke bawah.Saya bertawakal dan memohon pada Allah semoga tidak ada apa-apa yang berlaku sepanjang peninggalan kami.

En Malan dan Pn Nadia- Sahabat kami yang sanggup bersengkang mata menghantar dan menjemput kami dari KLIA Airport

Kami tiba di LCCT jam 2.30 pagi, Padahal flight kami pukul 5.30am. Takut2lah tertidur dan tak sedar, lebih baik saya keluar awal dari rumah. Satu masalah saya, saya tak boleh tak cukup tidur kepala saya akan pening. Tapi Alhamdulillah ok pulak kali ni. Kami berempat minum teh tarik dan milo di café terminal sementara menghabiskan masa menunggu kawan-kawan yang lain, Best friend saya Dr Mandy, Sharon (adik Mandy) , Autie(Mak Mandy) dan anak angkat saya Nurul Sakinah.

Kami Tiba di Baiyun International airport-Guang Zhou jam 9.00 pagi

Dalam pukul 3.00 pagi kami bergerak untuk Check In. Kelihatan Mandy dan family sudah ada di situ. Mandy yang matanya sudah sediakala sepet makin bertambah sepet menahan ngantuk. Kami tersenyum seolah2 memahami yang kami sebenarnya tidak kuat untuk menahan mengantuk. Dalam pukul 4.00 pagi Sakinah datang dari Tune hotel. Sarapan untuk hari itu Sarapan ringkas Mc Donald, Pukul 5.10am tiba masanya untuk menaiki flight.

Sepanjang perjalanan kami tidur, bila jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi, saya ke toilet untuk berwuduk dan menunaikan solat subuh di dalam pesawat. Dan seterusnya dihidangkan dengan nasi lemak yang di tempah sejak dari awal lagi. Mata tidak mahu lelap lagi, saya meneruskan bacaan saya di dalam flight. Akhirnya pukul 9.45 kami menderat di Baiyun Airport GuangZhou. Alhamdulillah kami sampai juga di bumi GuangZhou. Pertama2nya kejutan budaya juga bagi saya sebab semua tulisan dalam bahasa China, Signboardpun di tulis dalam bahasa China. Matilah macam ni, kalau datang yang semua tak faham Cina, dahlah semua tulisan dalam bahasa Cina, semua orangnya pun cakap dalam bahasa cina yang sepatah harampun kami tak faham. Mujurlah ada Mandy.

Kami membeli tiket LRT, kalau di sana dipanggil Metro yang tambangnya adalah 6 Yuen untuk ke hotel kami iaitu di Grand Continental Services apartment di Beijing Road.Turun dari Metro berjalan kaki selama 15 minit untuk ke hotel. Cuaca di sini sejuklah juga. (Ala-ala Cameron Highland). Satu yang saya dapat lihat kat sini. Masyarakat di sini memang kuat berjalan. Jalannya sangat laju macam dikejar hantu. Saya tak nampak remaja2 yang duduk melepak2 membuang masa kosong begitu sahaja. Tidak nampak golongan tua dan juga kanak-kanak. Menurut suami saya di sini ialah pusat perniagaan bagi orang2 cina sebab itulah tidak ada golongan tersebut. Orang di sini bekejar-kejar mengejar masa, semuanya nak cepat.

Kami sampai di hotel dan check in. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00, bilik hotel kami 1207, Mandy dan Kinah 1604, Sherene dan Auntie 1214. Oklah. Kami releks kejap di hotel. Saya seperti biasa memasak air, selepas solat zohor kami bertiga lunch dengan Masakan special, Maggi rendam air panas.Mandy dan family keluar makan.

Lepas makan suami saya menelefon kawannya Teddy untuk menemani kami berjalan2. Tapi malangnya malam baru dia free. Kami mengambil keputusan untuk jalan sendiri sahaja.Saya menyelak lembaran kertas yang telah saya buat research sebelum saya datang untuk mencari senarai kedai pakaian Muslimah, dan saya memilih satu kedai yang menjahit pakaian muslimah iaitu di Baiyun Road. Bermulalah pengembaraan kami. Macam mana nak buat ni, sebab dia orang tengok alamat English dia orang tak faham, saya meminta receptionist menulis alamat dalam bahasa China dan tunjuk kat Driver teksi, Saya minta no tel tempat tu sekali. lepas tu baru driver tu mengangguk2kan kepala tanda faham.Di Baiyun road kami di bawa ke sebuah kilang untuk menjahit baju-baju muslimah. Hebat betulah designya. Saya dengan Kinah sangat teruja.tapi tak boleh beli, nak beli kena tempah sekurang-kurangnya 100 pieces. Terkejut saya. Tapi dia membenarkan kami mengambil gambar2 designya.. ok juga tu.Satu lagi masalah dia tak faham bahasa kami cakap. Walaupun dia tahu kamit ak faham, tapi dia masih meneruskan untuk bercakap. Dia tak kisahpun pasal kami. Kami tersenyum dan mengangguk2 kepala, buat-buat faham. Walaupun sepatah haram tak faham apa-apapun.

Selepas itu kami berjalan2 di kawasan Pekan Baiyun. Sekali lagi kami menjadi misteri bagi orang2 di sini. Mereka tengok kami mcm orang yang baru turun dari planet pluto. Masyarakatnya tengok kami dari atas sampai bawah. Sepanjang perjalanan kami, kami diperhatikan dengan keadaan yang sangat pelik. Kami singgah di sebuah kedai untuk membeli buah, ketika kami mahu membayarnya mereka seolah-olah macam tak percaya, membelek2 duit Yuen kami takut2 kami tipu mereka.Saya teringat kisah Ashabaul Kahfi.7 orang sahabat yang baru keluar dari gua, nak beli makanan duit tak laku.rupa2nya dia dah 1000 tahun tertidur. Saya tersenyum sendirian.” Dia ingat kita ni terrorist kut, Osama Ladenkan baru meninggal” Suami saya buat lawak. Saya tergelak dan menyampuk”belum lagi kita pakai serba hitam ni”. Kami berjalan cepat2 dan tak sangka sudah semakin jauh dan akhirnya kami sesat. Kakipun rasa macam mahu tercabut.Tanpa kami sedar sudah hampir dua lebih kami berjalan tanpa henti.Tambahan lagi saya dah lama tak Briskwalk. Lagilah kepenatan. Kami patah balik mencari jalan pulang. Kami mengekori seorang ibu yang tengan memimpin anaknya. Bila dia terpandang kami mengekorinya akhirnya dia berlari.Kami sekali lagi tergelak “Orang ni takut kita makan dia kut”.Saya buat lawak.

Setelah itu kami tiba di kawasan kilang baju muslimah tadi, kelihatan teksi yang kami naik menunggu kami, dan kami bertolak pulang ke hotel. Sampai di hotel waktu dah Magrib, kami solat jamak takdim dan berehat seketika sambil menghayati bacaan al-Quran.

Lebih kurang setengah Jam Mandy dan Aunti datang ke bilik saya, saya menceritakan apa yang berlaku tadi. Kami ramai2 tergelak.Mandy mengajak saya turun makan, dia akan tunjukkan saya restoran halal di Beijin Road, saya menolak pelawaannya kerana sekejap lagi Teddy akan sampai dan akan membawa kami ke Restoran yang ramai penduduk Muslim iaitu di Huan Shi Zhong Road. Sedang asyik berborak, Teddypun sampai. Kami akhirnya bergerak untuk ke Restoran Saba di Jalan Huan Shi Zhong.


Makan malam pertama kami di Restoran Saba'


Sakinah dan menu Arabnya

Saya dan suami- En Azid Amat di luar restoran Saba'

Masuk saja dalam restoran saba’ kami rasakan kami berada di negara Arab, Makanannya Style arab, pelanggannya ramai orang Arab dan African, Chanel TVnya dalam bahasa arab dan yang paling mengujakan saya ialah orang cina pandai cakap arab dan orang arab dan African pula pandai cakap cina. Waktu tu saya terfikirnya bestnya kalau saya pandai cakap cina. Kami makan nasi Arab berlaukan ayam panggang, dalca dan sup.4 orang makan costnya lebih kurang 170 Yuen. Tapi kenyanglah makan, sebab menunya semua besar2. Perut orang arablah katakan. Saya dan Kinah berkongsi nasi sebab terlalu banyak. Selepas makan, Teddy membawa kami ke Shan Ping Road, Perkampungan Muslim. Tengah berjalan2 jumpalah pelancung Malaysia yang bercakap kelantan Pekat.Apa lagi berborak panjanglah kami jumpa member satu kapal.hahaha.terutamanya Kinah.Siap interview lagi.

Puas berjalan sambil menghayati pemandangan di situ kami akhrinya pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam.Kami meeting dengan Teddy apakah agenda untuk keesokan harinya. Saya kepenatan dan akhirnya saya terlelap, sebelum tu saya menyuruh kinah naik ke biliknya sebab mata saya dah tak mampu untuk buka lagi, hampir terpenjam dan terus terlelap, saya tak tahu apa yang terjadi selepas itu.

Hari kedua Di China, kami memulakan misi seterusnya.. Berjalan2 di fabric market.. Kedai fabricnya sangatlah besar. Lebih kurang satu Daerah Puchong semuanya kedai Fabric, Menurut Teddy kedai fabric kat sini melebihi 4000 buah kedai. Semuanya fabric, kami berjalan-jalan sehingga mahu tercabut kaki kami.Bila kami berhenti untuk rehat seketika. Teddy menegur kami ” Come on, You only have 3 days here, Don’t waste your time”. Di dalam hati saya merungut, “Orang ni robot ke apa, tak reti letih langsung” Jauh di hati saya berfikir.Inilah budaya orang kat sini. mereka tak ada masa untuk duduk goyang kaki, duduk berbual di kedai kopi dan sebagainya. Mereka bekejar2 di dalam bekerja.Saya tak nampak orang duduk dan bersembang atau melepak di sini. Budaya lepak tak ada di sini.

Kami menyambung perjalanan lagi, kali ini kami membonceng basikal kerana tak larat nak berjalan kaki.Murah sahaja tambangnya. 5 Yuen bersamaan RM2.50 Malaysia.Oklah. at least kaki kami boleh berehat sikit di atas basikal.Sehingga Jam 4.00 petang kami di situ akhirnya kami membuat keputusan untuk pergi ke tempat lain.

Kami terpaksa menaiki basikal kerana tak larat lagi untuk berjalan kaki


Pasar Fabric yang melebihi 4000 buah kedai

Teddy-Pemandu pelancung kami yang sentiasa sibuk

Kami tiba di tiba di hotel, Jam sudah menunjukkan pukul 6 ptg. Terus bergegas melumaskan tanggungjawab kami kepada yang maha pencipta.. Zohor dan asar berjemaah.. Alhamdulillah masih berkesempatan menunaikannya.


Aktiviti malam-Berjalan2 di Beijing Road

Hari ketiga perjalanan kami diteruskan ke Shenzen, dengan menaiki bullet train tambangnya 80 Yuen dan perjalanannya mengambil masa 1 jam.Kelajuan bullet train 150KM-180KM/ hour. Sangat ramai manusia di situ.Beratur membeli tiket dan menunggu train, Kami berempat terpaksa beratur untuk menunggu train. Orang sangat ramai di situ. Bila trainnya sampai, semua orang berlari mengejar train termasuklah kami yang tak tahu apa2pun terpaksa berlari,sehingga saya tersalah berlari ke arah gerabak lain. Kinah seperti biasa tergelak melihat gelagak saya yang agak kelam kabut.. bukannya apa. Takut tertinggal train. Hehe..Masuk dalam train rehat sebentar.. penat tu berlari. kinah seperti biasa mengeluarkan novel dan membaca. Sayapun seperti biasa. Selamat.. dan berdengkur.


Kami menaiki Bullet train


Teddy danMy hubby yang sedang melayan perasaan masing2 setelah penat berlari mengejar train

Sampai di Shenzen.Kejutan budaya bagi saya bila tengok bangunan2 yang menjual barang-barang teknologi. Saya memang jenia buta teknologi. Pening lalat saya dibuatnya. Bangunannya ala-ala plaza Low Yat KL, tapi 10 kali besar dari plaza low yat dan bangunannya pun sangat banyak. Kami terfikir, apa yang boleh saya dapat kat sini erk? Hubby saya-en Azid buat keputusan untuk beli projector. So kami pun focus untuk beli projector. Teddy telah menghantar kami ke satu bangunan.Pesan Teddy, “Don’t move from this building, may be you will lost if you do that”. Saya tersenyum. Macam budak kecik plak dia pesan kat kita.Teddy terpaksa meninggalkan kami untuk meneruskan kerjanya di Shenzen. So kami bertiga explore barang kami sendiri. Dari level ke level kami jelajah dan dari kedai ke kedai kami teroka dan Alhamdulillah jumpa penjual yang boleh speaking.. dan akhirnya kami beli barang kami..Jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang. Masa untuk pulang. Teddy menghantar kami ke station keretapi shenzen untuk kami balik ke Guang Zhou. Hari tu merupakan hari last jumpa Teddy, Kami berpisah di situ. Kami terpaksa menunggu train yang akan tiba pada jam 5.10 petang. Saya mengambil masa untuk berjalan2 di station keretapi shenzen. Baru saya tahu yang Shenzen adalah sempadan Hong Kong, Ada satu bangunan yang memisahkan Shenzen dan Hong Kong. Setelah puas berjalan akhirnya kami ke menaiki train ke Guang Zhou. Saya sekali lagi selamat dan tertidur.. Sehingga saya dikejutkan oleh suami saya..



Bangunan yang memisahkan di antara shenzen dan juga Hong Kong

Saya dan Kinah agak gelisah kerana waktu solat asar dah nak habis. Kinah mengajar saya untuk solat menghormati waktu di atas kenderaan dengan cara bertayamun. Saya sangat kagum. Selama ini saya hanya belajar dan mengajarnya secara teori, tak berkesempatan untuk melakukannya secara praktikal. Alhamdullillah banyak benda2 teori saya praktikkan sepanjang perjalanan kami kali ini. Terima kasih Kinah!

Sesampai sahaja di hotel saya solat magrib dan isyak dan seterusnya mengqada’kan waktu asar dan zohor.Selepaskan melunaskan tanggungjawab, kami kesekian kalinya mengunjungi restoran arab di jalan Shan Ping Road dan selepas itu kami berjalan2 di sekitar situ, rupa2nya ada juga kedai pakaian muslim di situ, Baru kami jumpa dan sempatlah kami shooping. Sampai di hotel jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Saya terus terlelap memandangkan esok banyak lagi agenda yang hendak kami lunaskan dan esok adalah misi terakhir kami di sini.

Hari terakhir, kami cuma decided nak makan maggi sahaja untuk sarapan. Selepas sarapan, saya dan kinah berjalan2 di sekitar hotel. Saya mengharapkan ada barang yang boleh kami beli untuk cenderamata. Ternyata kami tak jumpa. Saya agak hampa sebab tak tahu apa yang saya boleh bawa pulang untuk orang2 tersayang. Saya mengajak Kinah menyelusuri lorong2 peniaga di situ, untuk mencari track sut untuk anak saya. Jauh berjalan akhirnya saya jumpa. Saya tak mahu berfikir panjang lagi, terus saya grab dan beli untuk bujang saya. Kinah pula membeli payung untuk Ummi dan adiknya.Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Kami bergegas balik ke hotel untuk berkemas dan Chek out.

Masa yang tinggal sedikit tu kami gunakan sebaik mungkin untuk shopping. Mula-mula kami berkunjung ke Fabric Market untuk membeli kain sebagai buah tangan. Bertemankan kawan saya Mandy, Sharon dan auntie agak senang bagi kami untuk membeli belah di situ. Mandy jadi pemandu pelancung untuk kami hari tu.Setelah membeli beberapa pasang china silk akhirnya kami beredar ke tempat borong barang2 lain iaitu di jalan Xian gi Road. Kami meronda2 di sini. Perut kami sangat berkeroncong, tapi kami cuba bertahan kerana susah nak dapat makanan halal di sini. Setelah membeli apa-apa yang patut di sini, kami bergegas pulang ke hotel untuk mengambil barang. Akhirnya kami bertolak ke Baiyun airport. Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Kami terpaksa menguruskan check in airport terlebih dahulu. Jam dah menunjukan hampir 6.45ptg. Dengan pantas kami menuju ke toilet untuk berwuduk dan solat. Saya mencari tempat yang agak tersembunyi untuk solat iaitu di belakang tiang. Dengan membentangkan kain batik dan berpundukan kepada kompas yang di bawa akhirnya kami dapat melumaskan tanggungjawab kami di Baiyun Airport. Setelah menunaikan solat saya berpusing ke belakang, kelihatan satu kumpulan polis cina yang menaiki track memandang kami sambil tersenyum seolah-olah mengerti dan mengizinkan kami untuk menunaikan ibadah. Kami terus menunaikan solat maghrib dan isyak. Alhamdulillah terasa tenang di hati. Walaupun pada saat itu terasa sangat lapar dan letih. Saya mengharapkan pukul 8.00 malam nanti kami dapat makan atas penerbangan kami.

Flight delay… pukul 10.00 kami menaiki penerbangan.. pukul 1.00 pagi baru flight berlepas. Hujan sangat lebat. Sebanyak 60 buah flight sangkut.. traffic jem di Baiyun airport. Makanan tidak boleh dijual kalau flight tak bergerak. Kami menahan lapar dan sangat lapar sehinggalah saya tertidur keletihan. Ketika flight memulakan penerbangan saya tertidur dan terlepas untuk membeli makanan.. bila terjaga, pramugari memberitahu kami makanan dah habis. Dan kami untuk keseksian kalinya hanya memakan maggi mee sahaja.

Sampai di airport KLIA, jam sudah menunjukkan pukul 4.00 pagi. Sahabat setia Nadia dan En Malan sedia menunggu kami di airpot. Alhamdulillah kami sampai di Tanah Air Malaysia setelah 4 hari berkampung di Bumi Tiong Kok…Penuh Kenangan dan Pengalaman.



Muka kepenatan dan kelaparan- Flight Delay, makanannya semua non halal