Monday 20 April 2009

Kemaafan dendam yang terindah

Berkali-kali aku terfikir samada mahu membalas e-mail ataupun tidak. Aku sebenarnya diburu rasa dendam, marah, geram dan pelbagai perasaan mazmumah menghantui benak fikiranku. terkadang hasutan iblis yang bertemankan hawa nafsu sangat kuat mengheretku agar aku bersikap tegas dengan pendirian yang ampuh.
Perdebatan dengan rakan sepejabatku beberapa hari yang lepas benar-benar menyentuh perasaan. walaupun dia bukannnya seagama denganku malah pengikut kuat agama kristian namun cara dia menegurku benar-benar meruntuhkan keegoanku. Masih segar diingatanku "Yazil, biarpun orang selalu memijak-mijak kita, menguis kita ke tepi, menghentak kita dengan pelbagai keburukan dan kejahatan, satu kekuatan yang perlu ada pada kita adalah kesabaran, kerana kesabaran itulah yang akan menjadi perisai yang amat bermakna bagi seorang manusia"
Ya aku mesti pertahankan kesabaranku. walaupun hatiku hancur,jiwa dan perasaanku dibius rasa kebencian yang mendalam namun sekuat-kuatnya kulontarkan segala perasaan itu agar tidak lagi berbaki di hati. dan semalam dengan semangat yang ada aku membalas e-mailnya dan yang penting bagiku sekarang adalah kemaafan dendam yang teindah...semoga dosa dendam dan kebencianku gugur seperti gugurnya titik-titik jernih airmataku... terima kasih Mandy. Ketengangan kembali bermukim di hati.

Monday 13 April 2009

sebening pagi

Hari ini tersedar dari tidur pukul 6 pagi. Alhamdulillah syukur ku panjatkan kepada Allah kerana memberiku peluang untuk terus menapak di bumimu.Kuselak langsir bilik tidurku, hujan di luar masih belum berhenti. Sebelah kananku hubby sedang enak dibuak mimpi. Entah pukul berapa malam tadi tidur agakanya. Aku terus bangun menguruskan diri untuk bersujud kepadaMu.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Ampunilah dosaku,
Dosa kedua ibubapaku,
Suamiku,
Anak-anakku,
Guru-guruku,
Anak didikku,
Sahabat-sahabatku
Dan juga kaum muslimin sekalian.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Pagi ini, hambamu sujud padamu
Restuilah perjalanan hidup kami
Berikanlah kami keberkatan
Di dalam setiap urusan yang kami lakukan
Berikanlah kami kekuatan
Di dalam menempuh setiap dugaan
Berikanlah kami semangat juang
Untuk terus melakukan yang terbaik.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Perihalah kedua puteraku,
Berikanlah aku kekuatan
Untuk menjaga amanahmu
Jadikan mereka insan yang berjaya
Dunia dan akhirat.
Perelokkanlah akhlak mereka
Sesungguhnya aku hambamu yang lemah
Hanya mampu berserah kepadamu Ya Allah

Amin…

Alhamdulillah ketenangan bermukim di sudut hati.Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Aku mesti membangunkan putera sulongku untuk ke sekolah. “Bangun akif, sekolah”Alhamdulillah dengan satu ayat sahaja akif bangun dari tidur dan terus ke bilik air untuk menguruskan diri. “Akif jangan lupa solat subuh ya Mama nak cepat, Mama ada kelas pagi.”aku mengingatkan putera sulongku. Selalunya memang putera sulongku yang pertama aku kejutkan sebab kalau kejutkan serentak dengan adiknya pasti kedua mereka akan berperang di dalam bilik air.Putera keduaku baru berusia empat tahun. Perangai dan ragamnya memang menguji kesabaranku sebagai seorang ibu….Sememangnya yang pasti dia mahu perhatian dariku.
Percayalah sayang… Mama teramat menyayangimu…
Bangun sayang...
Solat subuh dulu
Senyuman manis kuberikan
Sedekah paling bernilai untuk insan bergelar suami...
dan aku... seperti kebiasaannya... memandu kereta...ke tempat kerja

Leadership camping student report (20-22 march 2009)

Aku merasa amat bersyukur kerana dapat melalui perkhemahan ini dengan jayanya. Walaupun pada mulanya aku merasa terpaksa untuk menyertai perkhemahan ini.Namun aku menganggap inilah dugaan daripada Allah untuk menguji kesabaranku.Ilmu yang mencurah-curah yang kuterima sepanjang perkhemahan ini amat berkesan. Terima kasih Ustazah Yazilmiwati kerana memberi kesempatan untukku bersama rakan-rakan lain untuk menyertai perkhemahan yang amat bermakna di dalam hidupku.-Mohd Faridz Ismail-BITN 200608-

Perkhemahan ini sangat mereleasekan stree saya dan menenangkan jiwa saya. Mission camping ini iaitu Cemerlang Rohani, Cemerlang Jasmani tercapai. Semoga kita dapat berkumpul lagi suatu hari nanti.-Aisyah Fadhilah Mahmood Azmy-Mufy 2009

Terima kasih Ustazah Yazil yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran program ini dan juga kepada rakan-rakan yang lain yang memberikan kerjasama yang sepenuhnya- Zul Asyraf-Mufy 2009

Walaupun kem ini sangat memenatkan tetapi kami dapat merasakan bahawa kem tersebut telah mengajar kami tentang hidup, masa depan dan juga banyak lagi pengalaman yang boleh dikongsi. Bagi saya, Kem ini banyak mengajar saya tentang konsep kerjasama berpasukan dan juga dapat menambahkan lagi kenalan saya di kolej dan seterusnya merapatkan ukhuwah sesama kita- Shahir bin Ghazali -mufy 2009

I realized that after the camp, it was very beneficial to me. I got to learn new stuff, see new things and meet new people. It was an experience of a lifetime that i will always cherish. I would like to thank to the organizers especially Ustazah Yazil for organizing this woderful camp and hope that we can do this again -Ilias bin Hj Ridzwan Mufy 2009

All i can say is that the camp was awsome... i had blast... i learn A LOT... made Lots of new friends and i think i insaf a bit - Nabeehah Mohamad Nazim CAT 2009

Kem kepimpinan yang saya sertai kali ini. banyak mengajar saya mengenai pelbagai perkara seperti kepimpinan, ketahanan mental dan fizikal, cara berkomunikai dan lain-lain. aktiviti seperti ini amat berguna kepada remaja seperti saya dalam menempuh cabaran dunia akhir zaman ini- Pengarah program- Azwan Yusoff-Mufy 2009-

Pada mulanya, saya hanyalah bermatlamat untuk mendapat markah tinggi dalam subjek pengajian Islam dan juga merasa sedih kerana hujung minggu merupakan hari untuk saya berehat setelah penat belajar. Akan tetapi kem ini telah membuang tanggapan negatif saya. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang camp ini amat bermakna dan sekali-kali saya tidak pernah menyesal menyertai perkhemahan ini.-Muhamad Hariz bin Usop- a-level July 2009-

Pengalaman bersama di perkhemahan ini tidak akan kami lupakan selamanya. banyak pengaalaman serta kenangan masnis kami bersama sepanjang perkhemahan ini. Terima kasih Ustazah kerana berjaya menganjurkan perkhemahan ini- Megat Aiman bin Megat Iskandar-CAT-

I am very pleased to say that my first camping experience was the most enjoyable thing ihave ever expeienced, and i'm thankful that Ustazah Yazil organized it as an Islamic studies camp, because the memories i have made and the lessons i have learned here are priceless. Mikhaella-Mufy 2009-

Aku sangat berterima kasih kepada Ustazah Yazil di atas perkhemahan ini. aku menimba pengalaman baru, rakan baru dan kesedaran diri di kem ini. sekiranya perkehmahan ini diadakan lagi, aku pasti akan mengikutnya- Rina Mazleen- Mufy 2009-

sajak buat kekasih (Usman Awang)


















Akan kupintal buih-buih
menjadi tali mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang menundungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju pakaian malammu
akan kupetik bulan gerhana
menjadi lampu menyuluhi rindu

akan kurebahkan mentari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

kekasih,
hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi

kekasih,
cintaku padamu umpama ombak
yang tetap setia memukul pantai.
walau dilanda gelombang dan badai

pintaku kasih,
kenang daku dalam diari hatimu
walaupun jauh di sudut hati
akan pasti aku hargai....

sunset or sunrise







Cantik pemandangan ni! Kebesaran Allah! cuba teka, sunset ke sunrise ?



Jalan-jalan cari makan

Makan-makan kat pantai Kelulut Trengganu sangat memuaskan. selain daripada sedap yang penting sangat murah. tiga hari kat sini, setiap pagi sarapan mesti makan nasi dagang, laksam dan nasi lemak.rasa nasi lemaknya best giler,memang tak ada jual kat kl ni.Nasi dagang pelik sikit, dibungkus dengan daun pisang. Mula tu ingat pulut. Rupanya nasi dagang.

Tengahari plak tak makan nasi. kita makan jagung dan juga keropok losong. sebab nak standby perut untuk seafood pada malam hari

Apalagi setiap malam kita orang makan seafood. murah dan segar. sekali makan habis tinggi pun RM38.00 itupun kalau ambil ketam. mmm kalau tinggal lama kat sini habislah diet.















Singgah kat Taman Tamadun Islam


Alang-alang dah sampai Kuala Terengganu. kami singgah di taman tamadun Islam. solat jamak ta'khir.
Cantiknya masjid Kristal










Makan mee calong di Berserah


Auntie Melissa,
Tengok adik makan mee calong kat kampung Auntie. Best tu! makan sampai perut kembung.
Mee is my fovourite.





Pulau Gemia (Gem Island)

Amboi adik sedapnya. makan apa tu! Lapar ya! dah penat snorkerling pemandu pelancung kami membawa kami menaiki bot menuju ke Pulau Gemia. Sungguh mendamaikan!!!jauh dari kesibukkan kota, memandang lepas laut cina selatan! Berbaloi kami bayar pemandu pelancung kami.














































Bercuti ke Pulau Kapas (Snorkerling aktiviti)

Sudah lama kami merancang untuk bercuti, tetapi disebabkan tugasan dan kerja seharian kami tidak berkesempatan melakukan aktiviti bersama keluarga.

Pada 9 April 2009, kami berempat, mama, abah , adli dan akif bercuti ke Pulau Kapas. Satu-satunya destinasi yang menjadi sejarah kami berdua. di sinilah destinasi bulan madu kami pada Jun 1999. kalau dulu hanya kami berdua tapi sekarang berempat.

akif dan adli antara yang paling seronok. Kami bertungkus lumus mengajar mereka snorkerling. Si kecik adlipun seboleh-bolehnya mahu snorkerling bersama. Mama terpaksa memangku adli sepanjang aktiviti tersebut. Seronoknya tengok anak-anak bermain tanpa disedari muka terbakar.terlupa nak bawa sunblock cream.





































Tuesday 7 April 2009

Komen student tentang Kem kepimpinan pelajar

This camp was extremely fun and i enjoyed it very much! i got to know alots of new friends and able to see lots of plants and also got the chance to take an escape from the city

- Feridawati (ausmat student April 2009) -