Wednesday 7 January 2009

Sunnah Berjuang

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

Sunnah orang berjuang

Perjuangan itu sememangnya pahit tapi nikmatnya sememangnya manis

perjuangan palestin

Untuk pejuang-pejuang palestin.

Semoga Allah tempatkan bersama-sama orang yang soleh

Sunday 4 January 2009

Menu makan tengahari


Seharian sibuk hari ini, menguruskan rumahtangga,kemas rumah, basuh, jemur dan lipat kain, menyapu,melayan akif buat latihan matematik, melayan hubby dan adli breakfast.Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 tengahari. masa untuk masak tengahari. masak apa heh!last sekali ini hasilnya.
udang celuk tepung dan asam pedas kepala ikan tenggiri.